Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile




Misteri Mimpi_6
Wednesday 28 March 2012 | 06:04 | 0 comments

Pagi-pagi lagi Fahmi sudah tercegat di Cafe kolejnya . Sampai sarapan pun tak sempat . Pelik Syafiq dan Hazrul melihatnya . Sarapan di Cafe katanya . Fahmi duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di Cafe kolejnya . Duduk termenung menunggu seseorang . Siapa ?
“ Eh , Hye . Seorang je ? ” Ada suara yang mengacau ketenangan pagi Fahmi . Tetapi Fahmi tidak marah kerana itu adalah suara rakan barunya , Tengku Mia Shaqyna ! “ Eh , taklah . Mana ada seorang , kan ramai dekat Cafe ini . ” Fahmi cuba buat lawak .
Suasana menjadi sepi . Tiada siapa yang mengeluarkan , Si Fahmi mahupun Mia Shaqyna . “ Err . err . Saya ” Akhirnya mereka mengeluarkan suara serentak !
“ Awak cakap dulu . Ladies first . ” Fahmi memberi ruang kepada Mia Shaqyna . “ Okay . Kita ini pernah jumpa ke ? Kenapa saya rasa macam kenal awak ? ” Mia Shaqyna cuba menyatakan hasrat sebenarnya .
“ Erm , sebenarnya saya pun nak tanya benda yang sama . Saya rasa yang saya ini rapat sangat dengan awak . ” Fahmi agak terkejut dengan soalan Mia Shaqyna . Dia tidak sangka bahawa itu adalah soalan pertama Mia Shaqyna .
Mia Shaqyna runsing . “ Macam mana eh ? Kita macam serasi . Saya pun tak takut nak kawan dengan awak . ”
“ Erm . Awak dah sarapan ? ” Mia Shaqyna menggelengkan kepalanya setelah mendengar soalan Fahmi . “ Kalau belum kita order makan dulu . Baru kita cerita okay . ” Mia Shaqyna ragu-ragu menerima permintaan Fahmi . Akhirnya , dia mengangguk setuju .
“ Yeah . Awak cakap awak nak sarapan apa . Biar saya yang belanja . ” Tanya Fahmi kegirangan . Mereka makan makanan yang dibelanja oleh Fahmi ; nasi lemak dan teh tarik .
Setelah hampir habis makanan dimakan , Mia Shaqyna bersuara . “ Thanks , Aidil .. Thanks sebab belanja saya sarapan hari ini . Padahal kita baru je kenal . ” Mia Shaqyna mengucapkan terima kasih .
“ It’s okay . Okay sekarang biar saya yang mulakan dulu . Okay , cik Mia Shaqyna , opps Tengku Mia Shaqyna . Awak ada adik-beradik lain tak ? Kakak ? Adik ? ” Soal Fahmi . Pada awal perbicaraan Mia Shaqyna tersenyum , tapi bila mendengar perkataan Kakak senyuman itu mati .
Mia Shaqyna tak tahu nak jawab apa . Dia sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya dia jawab . Dia rasa seolah-olah mempunyai kakak , tapi dia tidak pernah mempunyai kakak .
Fahmi yang melihat perubahan di wajah Mia Shaqyna terus rasa bersalah . “ Sorry kalau benda yang saya tanya itu terlalu personal . ” Fahmi meminta maaf . Dia memang rasa bersalah seolah-olah telah membunuh seseorang .
Mia Shaqyna hanya tersenyum mendengar ucapan Fahmi . “ Tak apa , saya tak kisah , tapi , saya , saya . ” Kata-kata Mia Shaqyna mati apabila Syafiq dan Hazrul datang menerpa .
“ Hey , Fahmi ! Sampai hati kau , pergi kolej tak tunggu aku . Eh ! Ada Mia lah . Hye Mia . How are you ? ” Ujar Syafiq . Mia Shaqyna berasa tidak selesa dengan situasi sekarang .
Syafiq dengan perasaan tidak bersalahnya duduk disebelah Mia Shaqyna manakala Hazrul duduk disebelah Fahmi . Fahmi sedikit terkejut dengan perlakuan Syafiq , bukannya tiada kerusi lain . Buat kacau je ! Fahmi takut Mia Shaqyna tidak selesa .
“ Err , Syafiq . Boleh awak panggil saya Qyna ? Saya tak biasalah dengar orang panggil saya Mia . Boleh ? ” soal Mia Shaqyna terus terang . Syafiq berasa sedikit malu dengan permintaan Mia Shaqyna .
“ Okaylah . Anything for , my dear . So Mia , awak buat apa dekat sini ? ” Syafiq sudah menukar topik , dia tidak mahu berasa malu lama-lama . Hazrul yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri , terangguk-angguk setuju dengan soalan yang diujarkan Syafiq .
“ Oh , secara kebetulan je . Tak sengaja terserempak dengan Fahmi . Join sekali . Tak boleh ke ? ” jelas Mia Shaqyna . Dia cuba memutar-belitkan penjelasannya . Dia tidak mahu mereka fikir yang bukan-bukan tentang dirinya dan Fahmi .
Fahmi yang mendengar penjelasan Mia Shaqyna berlagak tenang . Dia tahu mengapa Mia Shaqyna bertindak begitu . Kalau dia menjadi Mia Shaqyna , dia juga akan berbuat demikian .
Syafiq dan Hazrul mengangguk tanda faham dengan penjelasan Mia Shaqyna . “ Err , saya kena pergi dulu . Kejap lagi ada kelas . ” jelas Mia Shaqyna apabila dia sedar dia sudah terlalu lewat untuk ke kelas .
“ Oh okay , tapi selepas ini kita boleh jumpa lagi kan ? ” soal Syafiq beria-ria .
“ Insya-Allah . ”
JJJ
Penat . Ya ! Itu sahaja yang mampu Fahmi katakan waktu sekarang . Tadi dia dikenakan hukuman lari padang kerana didapati mengusik rakannya sehingga menagis . Dia menghenyakkan tubuhnya di atas katil . “ Huh ! ” Fahmi mengeluh . Rakan-rakannya yang lain tidak kelihatan , tidak tahu pergi ke mana .
Baru sahaja Fahmi hendak melelapkan matanya , dia terdengar ada orang memanggilnya . “ Fahmi ! Mi ! ”
Fahmi mengeluh lagi . Siapa pula lah yang kacau aku waktu sekarang ini , baru aje nak tidur .
Syafiq sudah tercongok disebelah Fahmi dengan menayangkan giginya . “ Fahmi ,, ” ujar Syafiq dengan intonasi seolah-olah menggoda .
Fahmi yang mendengarnya dah macam ‘asdfghjkl’ . “ Kau okay ? Sihat ? Kenapa ini ? ” soal Fahmi . Dia geli dengan perlakuan rakannya .
Syafiq hanya menyengih . “ Actually , aku nak tanya pasal , pasal Qyna . ” jelas Syafiq . Oh , itu rupanya hajat sebenar Syafiq . Fahmi menarik nafas lega .
“ Itu je .? Kau nak tanya apa ? ” soal Fahmi .
“ Hehe . Aku nak tanya Qyna itu orangnya macam mana ? Dia suka lelaki macam mana ? ”
“ Kau suka dia eh ? Dia suka lelaki yang tinggi ofcourse , and dia suka lelaki yang cool . Chop ! Yang kau nak tanya aku ini apasal ? Macamlah aku kenal dia sangat .” soal Fahmi . Kenapa Syafiq tanya dia , dia bukannya kenal sangat dengan orang bernama Tengku Mia Shaqyna .
“ Eleh , aku tanya kau ini sebab kau itu Presiden Sewel . At least tadi kau jawab juga ! So , mesti kau tahu apa-apa kan . Kau tolong aku boleh ? Tolong cari maklumat pasal dia . Please . Kau kan kawan aku . Please , please , please . ” pinta Syafiq . Dia memang ingin tahu tentang Mia Shaqyna , dia sudah jatuh hati terhadap Mia Shaqyna .
“ Tengoklah . ”
“ Please , ” pujuk Syafiq .
“ Fine ! Tapi aku nak something as balasan . ” jelas Fahmi .
“ Okay , No hal ! Thanks dude ! ”
Syafiq sudah tersenyum girang . Jelas bahawa dia sangat gembira daripada riak wajahnya . Fahmi tidak kisah melakukan ‘mission’ yang disuruh Syafiq . Dia rela . Tapi macam mana dia boleh jawab soalan Syafiq sebentar tadi . Bagaimana dia tahu tentang diri Mia Shaqyna .
Sejak akhir-akhir ini , dia jarang menerima mimpi yang pelik-pelik lagi . Kenapa ? Dia sendiri tidak tahu .
Misteri Mimpi_5
Sunday 25 March 2012 | 02:55 | 0 comments

Malam ini sangat sunyi . Fahmi masih menghadap komputer untuk menyiapkan assignmentnya yang berlambak . Dia membuka MP3 untuk mengurangkan rasa takutnya . Fahmi menyewa sebuah rumah berdekatan dengan kolejnya . Dia menyewa bersama dengan rakan baiknya , siapa lagi kalau bukan Syafiq dan Hazrul .
Tiba-tiba bunyi ketukan pintu memecahkan ketenangan Fahmi . Fahmi mula geram . ‘ Siapa pula lah yang nak ketuk pintu aku malam-malam buta ini . Tak reti tidur ke ? Kau pun tak tidur juga ! ’ Hatinya mula bermonolog .
Dengan tiada perasaan takut dia membuka pintu . Saat dia buka , dia terlihat dua makhluk Allah berpakaian putih , berambut panjang kalah Fauziah Ghous . “ Oh mak kau ! Astaghfirullahalazim . ” Fahmi menutup mukanya menggunakan tangannya .
“ Ha ! Hahaha . ” terkekek-kekek Hazrul ketawa .  Dia berjaya mengenakan Fahmi . Syafiq sudah menahan ketawa . Sakit perut dibuatnya . Kelakar muka Haztul tadi . Kalau mereka bawa kamera dan mereka upload dalam facebook confirm ramai yang like .
Fahmi merengus geram . “ Kau orang ini ! Aku nak siapkan assignment , minggu depan nak hantar . Kau orang tak ada kerja ke ? ” . Bila melihat Fahmi yang begitu marah mereka senyap tapi sisa-sisa ketawa masih jelas kedengaran .
“ Ala , Bro . Relaks lah . Chill . Kita orang memang bosan . Tapi kelakar gila muka kau tadi . Hahaha . ” ujar Hazrul sambil ketawa . Syafiq memberi isyarat kepada Hazrul supaya senyap .
Syafiq nak cakap , tapi dia takut Fahmi marah . “ Fahmi maafkan kita orang , kita tak tahu yang kau tengah sibuk . Ni semua idea Hazrul bukan aku . Kalau kau nak marah , kau marah dia , jangan marah aku . ” ujar Syafiq yang ingin meminta maaf .
“ Aku pun nak minta maaf . Sorry . ” Hazrul yang sedar kesilapannya meminta maaf . Salah dia , dia bagi idea yang salah . Yalah dah nak pukulsatu pagi , lampu bilik Hazrul masih menyala . Takkan dia dah tidur . Sebab biasanya bila Fahmi tidur pasti dia akan mematikan lampu bilik sebab katanya terang macam mana nak tidur ?
Fahmi jalan duduk di hadapan komputernya kembali . “ Aku okay lah . Tadi aku marah sekejap . Yalah siapa yang tak marah , kalau ada orang yang kita buat kerja ! ” Sindir Fahmi .
“ Sorry lah , Aidil . Janganlah marah . Esok kitabelanja makan tau . ” Hazrul cuba mengejek Fahmi . Fahmi memandang muka Hazrul dengan jelingan maut . Syafiq sudah resah , dia takut kalau-kalau disebabkan Hazrul dia juga terkena tempiasnya .
Syaifq bersuara , “ Kau ini Hazrul ! Fahmi kita orang nak tanya macam mana misi kau ? Berjaya ? ” tanya Safiq dengan membuat memek muka yang manis . Fahmi membetulkan posisinya dihadapan mereka . “ Okay . Biasalah . Kawan . Dia okay . Aku okay . ” Fahmi menjawab pertanyaan Syafiq .
Hazrul mual serious . Dia duduk tengah-tengah antara mereka . “ Takkan itu je kot . Dia tak pelik ke ? Kau tiba-tiba je nak kawan dengan dia . Kalau aku jadi dia , aku pelik . ” Fahmi mula berfikir . “ Betul juga . Tapi dia biasa je . Dia selesa , aku selesa . Dan kita dah macam lama kenal . Aku tak tahu kenapa dia boleh senang kawan dengan aku . ”
Mereka bertiga senyap , tak tahu apa yang dikata . Tapi sebenarnya mereka sedang berfikir . Tiba-tiba , terdengar Syafiq menguap . “ Huahhh . Ngantuklah . Esok je lah kita fikir . Aku dah ngatuk dah ini . Nasib baik esok hari Sabtu , kalau tak tak ada maknanya aku nak fikir sampai malam-malam buta ini . ” Syafiq sempat lagi berhujah .
Syafiq dan Hazrul meninggalkan bilik Fahmi . Fahmi terus menyambung assingmentnya . Setelah penat , dia nak tidur . Dia menutup suis lampu biliknya lalu tidur .
_____....._____

“ Mia . Mia . Awak ke itu? Awak buat apa dekat sini ? Ini rumah siapa ? Banglo awak eh ? ” tanya Fahmi kepada gadis yang membelakanginya . Fahmi melihat sekelilingnya . Sungguh menyeramkan . Sangat !
Kedengaran tangisan gadis itu . “ Tolong saya Fahmi . Tolong saya . ” Fahmi bingung dengan sikap gadis itu . ‘ Tolong saya ? Apa maksud Mia Shaqyna . Fahmi ? Bukan nak panggil Aidil ke ? ’. Fahmi memusingkan badan gadis itu dan dia terlihat wajahnya sangat menyedihkan . Lebam sana sini . Darah mana-mana .
“ Hey awak kenapa ini ? Sakit ? ” Fahmi cuba bertanya . “ Tolong Mia , Fahmi . Mia takut . ” ujarnya sambil menangis . Tapi wajahnya lain sedikit dengan wajah Mia Shaqyna yang ditemui siang tadi . Yang ini wajahnya lebih bujur sedikit dan nampak lebih garang berbanding Mia Shaqyna yang manis tadi .
Tiba-tiba Fahmi terlihat seorang lagi yang menyerupai wajah Mia Shaqyna berada di sebalik dinding seolah-olah sedang menyembunyikan diri . ‘ Siapa dia ? Yang depan aku ini siapa ? Kenapa dia orang ada dekat sini ? ’ Pelbagai soalan berada di fikiran Fahmi .
Dua orang lelaki yang gagah dan wajah mereka sungguh bengis datang secara tiba-tiba . Mereka menyentap tangan gadis yang berada dihadapan Fahmi . Mereka seolah-olah tidak nampak langsung kelibat Fahmi yang berada di situ .
“ Jangan ! Jangan ! Jangan bawa dia ! ”  Gadis yang berada di sebalik dinding tadi keluar dan menjerit jangan ! Fahmi yang melihat adegan itu terpampam seketika . ‘ Apa kaitan gadis ini dengan gadis itu . Kembar ke ? Dan kenapa mereka tak nampak aku ? ’ Fikirnya .
“ Jangan . Jangan bawa kakak saya . Kakak saya sakit . Jangan pukul dia . Dia sakit . Jangan ! ” Fahmi terdengar suara gadis di sebalik dinding tadi . Gadis itu bersuara lagi lagi , namun kali ini sayu benar mendengarnya . “ Tolong jangan . Tolong . Jangan buat apa-apa dekat kakak saya . Dia tidak bersalah . Tolong sangat . Jangan . ” Dan gadis itu rebah .
Fahmi runsing melihat adegan itu . Apa sebenarnya ini ? Siapa dia orang ini ? Ya Allah , apa lagilah dugaan yang kau berikan ini ? 
Misteri Mimpi_4
| 02:55 | 0 comments

Pagi itu Fahmi dikejutkan soalan bertubitubi dari rakan-rakannya , Geng Sewel . Semalam selepas misi untuk mengenakan pelajar baru , Mia Shaqyna tidak berjaya , Fahmi menghilangkan diri . Dan padah menantinya pagi ini .
“ Kau kenapa semalam ? ” Hazrul memulakan perbualan . Dia duduk berhadapan dengan Fahmi . Sudah menjadi kebiasaan Geng Sewel setiap hari akan bersarapan di Cafe . Yang lain hanya menunggu jawapan . Mereka juga hairan dengan sikap Fahmi semalam . Buat pertama kalinya Fahmi tidak berjaya menjalankan misinya .
Fahmi sudah agak bahawa itu merupakan soalan yang pertama . Oleh itu , semalam dia sudah memerah otaknya bagi memikirkan jawapan apa yang paling bernas untuk menjawab soalan itu . “Aku semalam tiba-tiba sakit perut . Sorry geng . ” Fahmi mereka jawapannya , tapi dia sendiri tidak yakin yang jawapannya itu boleh menyelamatkan dirinya .
Geng Sewel memandang Fahmi semacam . “ Kau orang janganlah pandang aku macam itu . Segan aku. ” Fahmi sudah cuba membuat lawak . Tapi ‘lawak’ itu tidak memberi kesan apa-apa terhadap geng sewel yang lain . Masing-masing menunggu jawapan yang betul-betul bernas daripada Fahmi . Mereka tetap kaku .
‘ Ala tak berkesanlah . Macam mana ini ? Aduh ! ’ Fahmi sudah resah .
 “ Eh dah lah . Jom ! Nanti lambat masuk kelas . ” Fahmi cuba mengelak . Namun mereka tetap kaku . “ Okay-okay . Aku cakap . Sebenarnya semalam aku sendiri tak tahu kenapa aku kaku . Blank . Otak aku blank bila nampak Tengku Mia Shaqyna binti Tengku Zulkifli . Seriously aku cakap , aku tak tahu . ” Akhirnya Fahmi memberitahu hal yang sebenar . Saat itu mereka bergerak sedikit . Tidak lagi kaku seperti tadi .
Fahmi berjaya membuat mereka tidak lagi kaku . “ Okay dengar cakap aku . Bila aku pandang je muka Mia itu . Aku macam pernah kenal dia . Bahkan macam aku sangat rapat dengan dia . Dan muka dia macam pernah muncul dalam mimpi aku sebelum ini . Dia dengan seorang nenek tua . Aku tak tahu kenapa aku kesian sangat tengok dia . Padahl aku sendiri tak kenla dia . ” Fahmi menarik nafas pajang setelah berhujah .
Mereka yang mendengar hanya mampu menelan air liur masing-masing . “ Susah juga masalah kau ini . ” ujar Syafiq sambil menghirup air kegemarannya , Teh Tarik . “ Takkan kau tak pernah jumpa dia langsung kalau kau sendiri cakap yang kau kenal dia . ” Alya cuba menyelesaikan masalah Presidentnya .
Hazrul juga mencari klu bagi menyelesaikan masalah Fahmi . Dahlah masalah mimpi Fahmi tak selesai lagi , sekarang masalah diadengan Mia Shaqyna pula . Maklumlah nak jadi macam ‘Detektif Conan’ lah katakan . “ Eh . Kejap . Semalam aku sebut nama dia sekali je kan . Macam mana kau boleh ingat nama dia . ” Hazrul teringat nama yang disebut oleh Fahmi .
“ Yalah . Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh ingat nama dia . ” Fahmi juga bingung macam mana dia boleh ingat nama Mia Shaqyna . “ Ha’ahlah . Aku pun tak ingat . Kau boleh tangkap eh Hazrul . ” Syafiq memuji rakannya . “ Well . Ini Mohd Hazrul lah . Siapa tak kenal , bakal detektif yang terkenal satu hari nanti . ” Hazrul sudah membanggakan dirinya . Rakan-rakannya yang lain mencebik bibir .
“ Sebenarnya aku nak cakap something , tapi aku takut salah cakap . ” ujar Hani yang dari tadi yang mendiamkan diri . Geng Sewel sudah berpesan padanya kalau tak tahu nak cakap apa senyap je , tak payah cakap ! “ Aku nak cakap , mak aku selalu pesan kalau kita macam kenal seseorang itu padahal kita rasa kita tak pernah jumpa dia langsung , sebenarnya kita maybe kenal dia di alam lain or waktu kecil . Yalah waktu dengan alam lain manalah kita ingat apa-apa . ” Hani cakap dengan sekali nafas .
Geng Sewel sudah mengangguk kecuali Fahmi . “ Kau orang rasa , patut ke aku jumpa dia ? ” Ujar Fahmi meminta persetujuan . “ Maybe . Yalah cuba kau kenal dengan dia . ” Syafiq cuba memberi pendapat .
“ Eh Geng . Itu dia . ” Alya sudah menunjukkan ke arah Mia Shaqyna . “ Pergi . Pergi cepat ! ” Hazrul menolak-nolak badan Fahmi yang gagah itu .
_____....._____

Hari ini Mia Shaqyna pergi Cafe kerana mahu membeli air mineral kerana terlalu haus . Tiba-tiba dia didatangi Fahmi . Fahmi terus duduk di sebelahnya .
“ Hai . Awak anak tuan punya kolejkan ? ” Fahmi dengan selambanya memulakan perbicaraan . Mia Shaqyna hanya tersenyum . “ Yes . Thats me . Nama saya Tengku Mia  Syaqyna . ” Mia Shaqyna jawab dengan tenang .
“ Nama saya Aidil Fahmi . Saya panggil awak Mia boleh ? ” Fahmi semakin selesa berbual dengan Mia Shaqyna . “ Boleh , tapi orang tak pernah panggil saya Mia . Orang biasa panggil saya Qyna . Tapi its up to you . Kalau awak panggil saya Mia , saya panggil awak Aidil , Boleh ? ” soal Mia Shaqyna .
Tanpa berfikir panjang Fahmi mengganguk setuju . “ So kita kawan boleh ? ” Fahmi mula menyatakan hasrat yang sebenar . Mia Shaqyna mula berfikir sejenak . ‘ Kenapa aku senang nak kawan dengan dia . Selesa dengan dia . Nak kawan ke tak ? ’
“ Kawan . ” Ujar Mia Shaqyna sambil menghulurkan tangan tanda persahabatan bermula . Fahmi sangat gembira . “ Okay , sebagai tanda persahabatan kita . Apa kata saya belanja awak makan . Awak order je apa yang awak nak . ” ujar Fahmi mempelawa .
Mia Shaqyna bingung . “ Maaflah . Saya tak boleh terima . Bukan saya tak suka . Tapi saya ada kelas kejap . Saya pergi sini pun sebab nak beli air mineral ini je . ” ujar Mia Shaqyna sambil menunjukkan air mineral yang dibelinya tadi . Tanpa sempat Fahmi jawab , Mia Shaqyna meniggalkan Fahmi sambil berkata , “ Bye . Hope see you next time . Saya dah lambat . ” Fahmi hanya mampu melambaikan tangannya .
Selepas Mia Shaqyna beredar , Geng Sewel pun muncul . “ So ? ” soal Hazrul . “ So , apanya ? Biasalah . Dia cakap aku boleh kawan dengan dia . Thats all . ” ujar Fahmi yang berjalan menuju ke kelasnya . “ Yeah ! Satu permulaan yang baik . ” Hazrul sudah tersenyum girang memikirkan Fahmi dan Mia Shaqyna .
Fahmi pelik melihat sikap Hazrul . “ Yang kau tersengih-sengih itu kenapa ? Sawan ? ” soal Fahmi . Senyuman Hazrul terus mati . “ Sampai hati kau , Fahmi . Cakap aku ada sawan aku okay lah . Dah lahjom . Nanti lambat . Kena marah dengan Pn. Kalsom Colgate kesayangan kau itu . ”
Pn. Kalsom diberi gelaran Colgate disebabkan pada hari pertama Pn . Kalsom mengajar , dia tersalah cakap . “ Okay kelas . Saya akan mengajar kamu . Nama saya Pn . Colgate . Maksud saya Pn. Kalsom . ” Sejak itu , Pn. Kalsom terus diberi gelaran itu .
Mereka berpecah . Alya dan Hani mengambil bidang Fesyen . Manakala yang lain mengambil bidang Wartawan .
Suasana di dalam kelas Fahmi sungguh bising . Mana pula Pn. Colgate ini ? Demam ke ? Semua tertanya-tanya mana pergi Pn. Colgate , eh silap Pn Kalsom .
Tiab-tiba suasan menjadi senyap seperti di kawasan tanah perkuburan . Kenapa ? Mestilah sebab Pn. Kalsom masuk .
“ Maaf kelas . Saya lambat masuk . Saya ada hal sikit . ” ujar Pn. Kalsom dan di sebelahnya ada seorang gadis . Dan gadis baru sahaja menjadi kawan kepada Fahmi ! Mia Shaqyna ! Ya . dialah yang berada di sisi Pn . Kalsom . ‘ Kenapa ? Dia ambil bidang Perakaunan ke ? ’ Fahmi membuat andaian .
“ Okay , hari ini ada pelajar baru . Okay kenalkan diri awak . ” Pn. Kalsom memberi ruang kepada Mia Shaqyna untuk memperkenalkan diri . “ Hye . Nama saya Tengku Mia Shaqyna . Boleh panggil saya Qyna . Saya baru lagi . Harap awak semua boleh bantu saya . ” Mia terdengar bebrapa bisikan daripada pelajar-pelajar yang berada di hadapannya .
“ Okay . Qyna , awak boleh pilih tempat mana yang awak suka . ” Setelah Pn.Kalsom cakap . Mia Shaqyna segera memilih tempat duduk , tapi malangnya tiada seorang pun yang mahu duduk bersebelahan dengannya . Mia Shaqyna ternampak satu tempat kosong .
Apabila sampai di tempat itu . Fahmi berkata , “ Hye , jumpa lagi . ” . Rupa-rupanya tempat kosong itu bersebelahan dengan Fahmi . “ Eh , hye Aidil . Awak ambil bidang ini juga ? ” soal Mia Shaqyna . “ Yes . Bolehlah saya kenal-kenal dengan awak lagi . ” ujar Fahmi sambil tersenyum manis .
Saat itu , ramai mula berbisik . Maklumlah anak tuan punya kolej duduk bersebelahan dengan seorang yang amat dikenali ramai disebabkan dengan kedegilannya , President Geng Sewel . 
Misteri Mimpi_3
| 02:54 | 0 comments

Mia Shaqyna menghempas tubuhnya di atas katilnya yang empuk sekali . Sesekali kedengaran keluhan Mia Shaqyna . Hari ini merupakan hari pertama dia belajar di kolej milik ayahnya sendiri . Dulu dia belajar di kolej di luar negara . Tapi kini dia terpaksa mengikuti ayahnya pulang ke tanah air untuk melanjutkan pelajarannya . Dia lebih rela mengikuti ayahnya daripada mengikuti ibunya . Ayah dan ibunya telah bercerai disebabkan ibunya mempunyai jantan lain .
Bunyi ketukan pintu menyebabkan lamunan Mia Shaqyna tergendala . “ Boleh daddy masuk ? ” Tengku Zuklfili telah masuk ke dalam bilik puterinya . “ Dah masuk , dah nak duduk dah pun . Itu pun nak minta izin lagi . Apalah daddy ini ?! ” Mia Shaqyna sudah tahu benar perangai ayahnya .
Tengku Zulkifli hanya tersengih . “ Saja . Kalau tak minta izin nanti Qyna marah . ” Tengku Zulkifli sudah duduk berhadapan dengan puterinya . “ Ni daddy nak tanya ini . Kolej okay ? Okay tak belajar dekat situ ? Ada orang kacau Qyna ? Kalau ada biar daddy tendang dia je , masuk gol macam Safee Sali tendang bola . ” kata Tengku Zulfikli serta sempat lagi buat lawak .
“ Banyaknya soalan daddy . Kalau macam itu Qyna nak jawab mana satu dulu ? Daddy , Daddy . ” Begitulah sikap daddynya . Kalau nak tahu sesuatu mesti banyak sangat soalan . Mia Shaqyna menjawab dengan nada yang manis sekali . “ Daddy . Qyna okaylah . Orang dekat sana pun baik-baik . Ramai juga yang nak kawan dengan Qyna . Maklumlah anak tuan punya kolej lah katakan . ” Kadang-kadang Mia Shaqyna agak gedik . Tetapi sebenarnya dia seorang yang pintar , cantik , lemah-lembut persis arwah opahnya .
Tengku Zulkifli senang dengan jawapan anaknya . “ Baguslah . ” Tiba-tiba Tengku Zulkifli mengadu sakit perut . “ Aduh , sakit perut daddy . Sakit sangat . ” Tengku Zulkifli menekan-nekan perutnya .
Mia Shaqyna cemas . “ Daddy kenapa ini ? Kenapa sakit perut ? ”
“ Daddy lapar . Lama daddy tunggu Qyna dimeja makan . Lapar sangat . ” Tengku Zulkifli tersenyum kambing . Mia Shaqyna menahan rasa geram . “ Daddy ! Daddy ini buat orang cemas je ! Terkejut Qyna tau ! ”
“ Ala . Sayang anak daddy ini . Daddy main-main je . Dah lama tak bergurau dengan Qyna . Rindu pula . Jom makan ” Tengku Zulkifli tersengih-sengih . Mia Shaqyna sudah kembali ceria . Mereka turun dan makan makanan yang disediakan oleh orang gaji mereka yang sudah lama berkhidmat iaitu Mak Mah .
_____....._____

“ Mia . Mia . Mari sini cu . Mari dekat opah . ” kata opah Mia Shaqyna , Nek Siti . Mia Shaqyna hanya menurut kata opahnya . Daia duduk bersebelahan opahnya di luar sebuah rumah banglo yang kelihatan seperti sudah lama tidak berpenghuni . Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh berada di situ ? Rumah siapa ini ? Kenapa opah ada dekat sini ? Macam mana aku ada dekat sini ?
Nek Siti hanya tersenyum bila melihat cucunya keresahan . “ Jangan risau cu . Opah ada benda nak cakap . Tolong selamatkan opah cu . Tolong ! Opah dah tak tahan cu . Opah sakit cu ! Opah dah tak kuat lagi cu . Tolong cu . ” Wajah Nek Siti berubah menjadi sangat mengerikan . Berkedut-kedut . Penuh dengan darah dan mempunyai satu lubang seperti bekas tembakan dan dipenuhi darah di dahi Nek Siti .
Mia Shaqyna terkejut melihat wajah opahnya . Dia mula berundur setapak demi setapak . “ Opah kenapa muka opah jadi macam itu ? Opah sakit ke ? ” Tanya Mia Shaqyna bertubi-tubi terhadap opahnya .
Tiba-tiba muncul dua orang lelaki yang tidak dikenalimenyentap tangan opahnya menyebabkan opahnya terjatuh . Siapa lelaki ini ? Kenapa dia buat opah macam ini ? Opah kan sakit ! Terdetik sedikit belas kasihan Mia Shaqyna .
Melihat opahnya yang menahan kesakitan , dia sudah tidak tahan lagi . “ Awak . Kenapa buat opah saya macam ini ? Opah saya sakit . Jangan . ” Walaupun sakit hati dengan sikap lelaki-lelaki itu , dia tetap tidak meninggikan suara .
Namun kata-kata Mia Shaqyna tidak diendahkan oleh mereka . Mereka tetap menarik Nek Siti dengan kasar lalu membawanya jauh dari Mia Shaqyna . Tiba-tiba Mia Shaqyna terdengar bunyi opahnya menjerit . Dia menjadi sangat takut .
Bang ! Bang ! Bang !
“ Jangan ! Jangan ! ” tadi Mia Shaqyna terdengar bunyi tembakan tiga kali , tapi kini dia terdengar bunyi jam loceng kesayangannya yang limited edition .
Bangun Qyna ! Bangun Qyna !
Akhirnya Mia Shaqyna tersedar . Dia mengeluh dan segera mematikan jam locengnya . Cuma mimpi ! Itulah ayat pertama yang terkeluar dari mulutnya . Dia harus tanya daddynya . Dia harus ! Mia Shaqyna segera membersihkan dirinya serta solat Subuh .
_____....._____

“ Mak Mah . Mak Mah . ” Mia Shaqyna memanggil orang gajinya . Pelik mana semua orang . Daddynya sendiri menghilang . Di bilik tak ada . Di bilik bacaan tak ada .
Mak Mah muncul dengan menatang sebuah dulang . “ Ya Qyna . Sorry . Mak Mah tak dengar . Mak Mah dekat dapur tadi . ”
“ Tak apa lah Mak Mah . Daddy mana Mak Mah ? ” Ujar Mia Shaqyna sebaik sahaja duduk di atas kerusi meja makannya .
Mak Mah yang baru hendak menuangkan air untuk majikannya berkata . “ Daddy kamu keluar awal tadi . Lepas Solat Subuh terus keluar . Katanya ada hal mustahak . ” Terang Mak Mah dengan tenang .
Mia Shaqyna mengangguk . Tiba-tiba ada bunyi mesej masuk di handphonenya .

Moning Qyna ! Sory daddy tak teman Qyna mkn . Daddy ada hal skit . Nnt balik kolej kte jmpa . J ~ur beloved daddy~

Mia Shaqyna tersenyum melihat mesej dari daddynya . Mia Shaqyna sudah agak kalau daddynya tiada pagi hari pasti daddynya akan menghantar mesej . Lantas membalas mesej daddynya

It’s okey daddy . Lg pon ad Mak Mah . Tak pyh risau sgt . Slamat bekerja . J Hehe . ~Qyna~

‘ Kerja apa pagi-pagi ini ? Kolej ada masalah ke ? Apa-apa je la . Yang penting balik nanti aku kena tanya juga dengan daddy . ’ 
Misteri Mimpi_2
| 02:52 | 0 comments

Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah buat Aidil Fahmi . Dia bersama  gengnya telah ditangkap kerana didapati telah mengenakan seorang pelajar senior dan menyebabkan pelajar itu terlantar di hospital sekarang . Biasanya tiada sesiapa yang mengetahui bahawa ianya adalah perbuatan Geng Sewel tetapi hari ini Prof. Ahmad dapat mengesan mereka .
Mereka berlima terpaksa berhadapan dengan Prof. Ahmad di dalam biliknya . “ Awak semua tahu tak , pekara yang awak semua buat selama ini telah menyebabkan ramai orang lain susah ?! ” Prof. Ahmad sudah hilang sabar .
“ Tak tahu Prof. ” Hani menjawab dengan beraninya . Dia tidak tahu bahawa jawapannya itu akan membawa padah . Prof. Ahmad sudah merenung mereka berlima dengan tajam . “ Sempat lagi awak menjawab ya Hani ? ” Kata-kata Prof. Ahmad sungguh pedas .
Hani bingung . “ Salah ke apa yang aku jawab tadi ? ” Hani berbisik dengan Alya yang setia berada di sebelahnya . “ Salahlah . Kau tak tahu ke ? Kan Fahmi selalu cakap kalau Prof. Ahmad cakap apa-apa kita kena senyap je , kalau tak nahas kita ” Alya menjawab soalan Hani dengan suara yang perlahan .
“ Disebabkan ini merupakan kesalahan kamu semua yang ketiga , saya telah mengambil keputusan bahawa saya akan buang kamu berlima . Pendek kata kamu dibuang kolej ! ” Prof. Ahmad mengatakannya dengan nada yang tinggi . Mereka berlima terkejut .
Fahmi telah menjeling Hani . Hani hanya membuat muka yang seolah-olah meminta bantuan . “ Prof. Ahmad maafkan kami Prof. ” ujar Hazrul yang cuba memujuk Prof. Ahmad dengan membuat memek muka sedih . Fahmi mencelah “ Yalah Prof. takkan Prof. sanggup kehilangan pelajar yang handsome macam saya ini Prof. ”
“ Prof. , Prof.saya Prof. , saya pandai tau Prof. Bijak , genius , cerdik . Proposal dia orang saya yang siapkan . Rugi Prof. kalau Prof. buang pelajar macam saya ini. ” Syafiq telah menyatakan kelebihannya . “ Kalau sayalah Prof. Bab-bab fesyen ini bagi je dekat saya . Confirm saya akan buat tip-top . Nanti kalau saya punya design dah sampai antarabangsa Prof. jangan menyesal Prof. ” ujar Alya yang mengambil kursus Fesyen . Memang design dia semua catik kalah designer antarabangsa .
Semua telah cuba memujuk Prof. Ahmad kecuali Hani . “ Hani kamu tak mahu ke nyatakan kelebihan atau kebolehan kaumu . Rakan-rakan kamu dah cakap , kamu tak nak ? ” Sindir Prof. Ahmad .
“ Err , saya nak cakap apa ? Oh . Prof. Ahmad yang handsome lagi bijaksana tolonglah jangan buang kami semua . Kami akan ikut je apa cakap Prof. Tak kisahlah apa pun . ” ujar Hani yang agak ketakutan ketika itu .
Prof. Ahmad memikirkan sesuatu . ‘ Kalau aku buang dia orang aku juga yang rugi . Tapi kalau aku ambil dia orang nanti aku juga yang terima padah . Ha ! Aku ada idea ’
“ Baiklah saya takkan buang kamu semua ” Prof. Ahmad telah membuat keputusan . Saat itu mereka berlima lega . “ Tapi dengan dua syarat . ” Tetapi kegembiraan mereka sebentar sahaja . Apakah syarat itu ? Kena cuci tandas selama satu tahun ke ? Kena berdiri depan orang ramai dan mengaku bersalah ke ? Itulah persoalan yang terdapat di dalam fikiran mereka .
“ Syaratnya ialah ... ” Seperti kedengaran bunyi drum role . “Yang pertama kamu semua haruslah hentikan segala perbuatan kamu . ” Mereka berlima menarik nafas lega . Itu je syaratnya . Senang je ! “ Syarat yang kedua kamu semua haruslah belanja saya makan tengah hari selama satu tahun . ” Mereka yang mendengar terkejut , itu syaratnya ? Biar betul ?
_____....._____

“ Wei ! aku tak percaya yang Prof. Ahmad suruh kita belanja di amakan selama setahun untuk terus belajar di kolej ini ? Apa dia fikir kita semua tak cukup duit ke nak belanja dia makan ? ” Ujar Syafiq . Dia masih tidak percaya bahawa hanya itu sahaja syaratnya . Mereka berlima terus lepak di Cafe setelah mendapat ‘hukuman’ dari Prof. Ahmad .
Alya yang sedang menikmati maggi kari lantas menjawab soalan Syafiq . “ Baguslah itu . Habis kau nak kena cuci tandas selama setahun ? Untung apa kita dapat ‘hukuman’ macam itu . ” Alya memberi pendapatnya .
“ Geng sorry tau tadi . Aku terlepas cakap . Aku lupa apa Fahmi pesan dekat aku . Sorry tau . ” Ujar Hani yang ingin meminta maaf sambil tersengih kepada Fahmi .
Fahmi hanya membalas sengihan Hani dengan jelingan yang sungguh tajam . “ Tak , aku tak marah . Memang mula-mula aku marah , tapi bila dengar kau pandai juga pujuk Prof. Ahmad itu . Okay sikitlah . ” Fahmi sudah berasa lega .
Hani tersenyum kambing . “ Biasalah ini Farissa Hani lah . Yang pandai memujuk orang , mengurat orang . Itu biasa kerja Hani lah . ” Hani sudah membanggakan dirinya .
“ Oi , kau orang ! Tengok itu . ” kata Hazrul yang sejak dari tadi hanya berdiam diri . Hazrul menunjukkan ke arah seorang perempuan yang cantik berambut panjang . Sesiapa yang melihatnya mesti cair punyalah . “ Aku dengar dia pelajar baru . Tak silap aku nama dia Tengku Mia Shaqyna binti Tengku Zulkifli . Ayah dia ada share dekat kolej ini . ” Hazrul menyatakan maklumat yang dia perolehi dari someone .
“ So ? ” Alya masih tidak faham kenapa Hazrul menunjukkan perempuan itu kepada mereka . Biarlah dia , baru masuk ke ? Anak Tengku ke ? Sultan ke ? Ada aku kisah ? “ Apalah kau ini Alya ! Jomlah ” Hazrul mengenyitkan matanya kepada Alya .
“ Maksud kau ? Kau nak kita orang kacau dia ? Tak nak aku . Dah lah anak tuan punya kolej ini . Baik-baik kita tak kena tendang , kena tendang dengan ayah dia . Habis kita ! ” Hani yang mengerti dengan kenyitan mata Hazrul , tidak setuju dengan ‘niat’ Hazrul sendiri . “ Ala beb . Relaks lah . Kita kacau kita dia sikit je . Tak teruk pun macam yang lain . Sikit je . Amacam ? Fahmi ? Syafiq ? ”
Saat itu semua memandang ke arah Fahmi . “ Woi ! Janganlah pandang aku macam itu . Aku tak cakap apa-apa pun . Relaks . Mula-mula memang aku tak setuju dengan ‘niat’ Hazrul , tapi bila dia cakap sikit je . Okay kan ? Sikit je kot . ” Akhirnya Fahmi setuju sedikit dengan ‘niat’ Hazrul .
“ Ha’ah . Aku pun setuju juga . Kan Hazrul cakap sikit je . Sikit je lah . Nanti apa-apa hal biar gentleman-gentleman ini yang tanggung . ” Syafiq juga bersetuju dengan ‘niat’ Hazrul . Mereka bertiga tersengih-sengih .
‘ Orang lelaki memang tidak serik . ’ bisik hati Alya . “ Suka hati kau oranglah . Apa-apa hal kau orang tanggung . Aku dengan Hani tak nak terlibat apa-apa . ” Ujar Alya . Hani mengangguk setuju .
Hazrul membuat muka bosan . “ Kan Syafiq dah cakap tadi . Apa-apa hal kita orang tanggung . ”
Setelah mengambil keputusan untuk mengenakan pelajar itu . Mereka menuju ke arah pelajar itu perlahan-lahan . Mereka bercadang ingin menumpahkan air tin kepada pelajar itu . Ini plan mereka . Mula-mula Hazrul jalan-jalan dekat dengan pelajar itu , then dia pura-pura batuk . Lepas Syafiq datang bagi dia air tin . Waktu Hazrul nak minum air itu , Fahmi datang dengan acting tergesa-gesa lalu melanggar Hazrul dan meyebabkan air tin itu tertumpah dekat pelajar itu .
“ Seperti yang kita rancang . ” Mereka membuat kata-kata semangat mereka dengan meletakkan tangan mereka bertindih sambil berkata . “ Geng Sewel ! S.E.W.E.L. Sewel! ”
Hazrul melakukannya dengan sempurna sekali begitu juga dengan Syafiq . Saat Fahmi ingin melakukan aksinya , Fahmi terhenti apabila terlihat wajah Mia Shaqyna lalu terlanggar Hazrul dan menyebabkan airi tin yang sepatutnya jatuh ke atas Mia Shaqyna itu terkena ke atas pelajar senior lain .
Hazrul dan Syafiq dimarahi oleh pelajar senior yang malang itu , manakala Fahmi tetap berdiri kaku depan Mia Shaqyna . Alya dan Hani yang melihat aksi-aksi mereka hanya mengeluh . “ Kan aku dah cakap tak jadi punya . Habislah kita , Alya . Kena dekat budak senior pula itu . Habis . ” kata Hani . Alya mengangguk-ngangguk setuju .
Kenapa Fahmi berhenti mengejut dan menyebabkan plan mereka tidak berjaya ? Sudah jatuh hati  ke Fahmi terhadap Mia Syaqyna ?
Misteri Mimpi_1
| 02:52 | 0 comments

“ Argghh ,! aku dekat mana ni? ” soal Fahmi kebingungan . Setahu dia tadi dia berada di dalam kelasnya. Namun kini dia seolah-olah berada di dalam sebuah banglo usang sangat besar dan keadaan di dalamnya sangat kotor serta berbau hapak .
Fahmi berjalan mencari jalan keluar di dalam banglo itu . “ Macam mana boleh aku sampai sini ? Siapa yang bawa aku ? Atau ada orang culik aku ? Tapi takkanlah , mak ayah aku bukannya orang kaya sangat pun . ” Pelbagai soalan yang terdapat di dalam kepala Fahmi .
Tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti bunyi orang bercakap . Lantas Fahmi mencari bunyi itu . Dia terjumpa sebuah bilik dan bunyi itu kuat dari arah bilik itu . Fahmi membuka pintu bilik yang agak usang itu lalu dia ternampak rakan-rakannya duduk persis di dalam kelas . Tapi mereka membelakangi Fahmi . Fahmi mendekati rakan-rakannya , tetapi saat mereka menoleh wajah dan rupa mereka seperti zombi yang terdapat dalam cerita ‘Zombi Kampung Pisang’ Fahmi terhenti .
“ Kenapa muka kau orang macam ini ? Ada drama ke kena berlakon ? Kenapa tak ajak aku ? Aku suka berlakon ini . ” soal Fahmi terhadap rakan-rakannya . Tetapi rakan-rakannya tidak mengendahkan kata-kata Fahmi terus menuju ke arah Fahmi seolah-olah seperti ingin menikamnya .
Fahmi sudah resah . “ Wei ! Aku tanya kau orang ini . Hazrul , Syafiq kenapa ini ? Kau orang kan kawan aku . Jangan ! Janganlah macam ini ! Jangan makan aku . Ampunkan aku . Ampun . ” Fahmi sudah terjerit-jerit meminta tolong .
“ Awak nak minta ampun dekat siapa pula Fahmi ? ” Kedengaran suara Pn. Kalsom . ‘ Eh kenapa ada Pn.Kalsom pula dekat sini ? Tadi tak ada ? ’ Desis hati Fahmi yang masih mamai .
“ Fahmi ? ” Kedengaran lagi suara Pn. Kalsom . “ Err , saya nak minta ampu dekat Pn. Kalsom sebab saya selalu tidur di dalam kelas Puan . Yalah kalau Puan masuk kelas je bukan masuk apa yang Puan ajar . Cara Puan ajar tak best lah Puan ” Dengan lantangnya Fahmi berkata walaupun masih mamai .
Tiba-tiba dia terdengar suara orang ketawa . “ Hahaha ” . Tatkala itu baru Fahmi sedar bahawa tadi dia berada di alam lain . ‘ Mimpi rupanya . Nasib baik . Kalau tidak confirm aku kena makan dengan ‘zombi-zombi’ tadi ” Sempat lagi Fahmi berbisik .
“ Bagus Fahmi . Tahniah . Yang lain contohilah sikap Aidil Fahmi . Dia mengaku yang dia selalu tidur di dalam kelas saya . Syabas Fahmi ” Sindir Pn. Kalsom . Fahmi yang berada di tempatnya hanya tersengih .
_____ ..... _____

“ Tadi kau kenapa ? Sampai sanggup mengaku bagai . Jatuhlah martabat ‘President Geng Sewel’ . Apalah . ” tanya Hazrul , yang juga merupakan ahli ‘Geng Sewel’ merangkap rakan karib Fahmi sejak semester satu . Fahmi belajar di sebuah Kolej swasta di Shah Alam . Kini Fahmi berada di semester dua . Tinggal lagi satu tahun je untuk dia bebas . Itulah perkara yang selalu berada di dalam fikirannya .
Dia menubuhkan sebuah ‘Geng’ yang bernama ‘Geng Sewel’ . Dia sendiri tidak tahu kenapa dia meletakkan nama ‘sewel’ itu . Geng itu terdiri daripada Hazrul , Syafiq , Alya dan juga Hani . Tugas Geng ini ialah mengenakan atau menjahatkan orang . Mereka pernah mengenakan seorang pelajar baru dengan memberitahu bahawa ada pelajar senior yang meminati pelajar itu . Pelajar baru itu menyangkakan ianya betul dan menemui pelajar senior itu lalu menerima ‘cinta’ pelajar itu . Pelajar baru itu malu apabila mendapat tahu bahawa ianya tidak betul . Geng Sewel berjaya mengenakan pelajar itu .
Fahmi dan ahli gengnya terus menikmati makanan yang berada dihadapan mereka . Fahmi membiarkan soalan Hazrul tergantung . “ Oi . Orang tanya kau boleh buat bodoh je . ” Tempik Hazrul sambil membaling syiling ke arah Fahmi .
“ Apa ini ! ” Fahmi sudah tersedak-sedak  . “ Sorry . Patutnya aku yang marah bukan kau . Yalah aku tanya kau , kau buat bodoh je . Mana aku tak sakit hati . ” Hazrul mula rasa bersalah sekejap tetapi selepas itu dia marah kembali .
Fahmi sudah reda . “ Aku malaslah nak jawab . Aku nak makan . Okay , aku jawab . Aku rasa diri aku ada something wrong . Setiap kali aku tidur mesti aku mimpi . Lepas itu mesti mimpi aku itu dekat sebuah banglo lama . Aku pun tak tahu banglo itu dekat mana . Tapi orang yang ada dalam mimpi aku bertukar-tukar . Kadang-kadang kau , Syafiq , Alya , Hani , Pn. Kalsom , dan yang paling aku tak sangka mak cik jual buah dekat Cafe itu pun pernah masuk dalam mimpi aku . ” Fahmi sudah menarik nafas . Rakan-rakan yang lain mendengar luahan hati Fahmi dengan khusyuk sekali .
            Kini Hazrul sudah faham kenapa rakan karibnya itu sering sekali mengigau pekara yang buruk-buruk . “ Kau sabar je lah . Ini semua mainan tidur je ” kata Syafiq yang cuba meredakan kerisauan Fahmi . Hazrul , Alya dan Hani hanya mengangguk setuju dengan kata Syafiq itu .
            Fahmi sudah tenang sedikit . “ Memang mula-mula aku ingat itu mainan tidur . Tapi bila setiap hari , takkan mainan tidur kot . Lagipun mimpi muncul sejak aku masuk kolej ini . Mesti ada something wrong . ” Fahmi sudah menyatakan pandangannya .Fahmi yakin ini mesti ada kena-mengena kisah hidupnya .
            Syafiq dan Fahmi telah berkawan sejak bersekolah menengah lagi . Syafiq telah masak benar dengan perangai Fahmi . Dia juga telah mengenali ibu bapa , adik-beradik dan mahupun sedara-mara Fahmi . Syafiq seolah-olah adik atau abang kepada Fahmi .
            “ Fahmi , kalau aku cakap agak-agak kau risau tak ? ” Syafiq ingin menyatakan sesuatu tapi dia takut rakannya risau .
            Fahmi bingung dengan soalan Syafiq . “ Kau tak cakap lagi , macam mana aku nak tahu yang aku risau ke tak . Kenapa ? ”
            “ Kau ingat tak waktu sekolah menengah dulu . Kau pernah cakap seorang-seorang waktu kita main bola dekat taman . Kan aku bawa kau balik rumah . Aku tanyalah mak ayah kau profile diri kau . Dia orang beritahu yang kau selalu berkelakuan pelik waktu kecil . Kau percaya tak yang kau pernah buat kerja bodoh atau dengan lebih tepat lagi membunuh diri dengan menghiris kulit kau sendiri . Bodohlah kau . ” Mereka yang mendengar penjelasan Syafiq terkejut kerana tidak sangka bahawa Pengerusi mereka pernah melakukan kerja bodoh seperti itu .
            Syafiq  menyambung kembali penjelasannya . “ Ada lagi Fahmi . Mak ayah kau pernah beritahu yang kau pernah diculik dan hampir dibunuh sewaktu umur dua belas tahun . Dan sejak itu kau berkelakuan pelik . Sekian . ”
            “Kenapa aku tak tahu benda itu semua ? Mak ayah aku tak cakap apa-apa pun . ” Fahmi sendiri tidak tahu bahawa dirinya pernah melalui pekara-pekara seperti yang dijelaskan Syafiq .
            “ Kau sabar Fahmi . Kau lupakan je apa yang aku cakap tadi . Sekarang kita chill . Kita cari mangsa , okay ” Syafiq berkata sebaik dia melihat Fahmi gelisah .
            “ Tak silap aku ada pelajar baru masuk kolej ini . Jom kenakan dia . ” Alya juga tidak mahu mengingati apa yang dijelaskan oleh Syafiq .
            Mereka setuju untuk menganakan mangsa baru mereka . “ Jom ! ” Kata mereka serentak .
            Sebenarnya Fahmi masih tidak dapat melupakan butir-butir penjelasan Syafiq . Dia risau . Dia ingin mengetahui adakah itu semua itu betul atau tidak ? Dan kenapa dia tidak mengetahui pekara itu sedangkan rakannya tahu ?  
Kisah Antara Kita_Final
| 02:32 | 0 comments

Setahun kemudian..
Di majlis hari jadi anak Mimi..Iffa Diana..

Tetamu: Happy birthday to you..
              Happy birthday to you..
              Happy birthday to Iffa Diana..
              Happy birthday to you..

Emilia  : Happy birthday..Iffa..ni hadiah dari ummi..
Shira    : Ini dari mama..
Syieda  : Nah..ibu kasi..

Shira , Mimi , Emilia , dan Syieda telah bersepakat untuk membiarkan anak-anak mereka memanggil dengan penggilan Shira – mama , Mimi – mummy , Emilia – umi dan
Syieda – ibu .. dan suami-suami mereka membenarkan..

Mimi    : Thanks kau orang..
Emilia  : Dah lama kita orang dah gathering macam ini kan..
Shira    : Adalah dalam setahun..
Syieda  : Lama juga ..
Mimi    : Tahu pun..aku rasa kalau aku tak buat party ini lagi lama kita tak berjumpa..
Emilia  : Tahu tak pa..

Fara    : Hai..
Shira    : Fara..?
Syieda  : Fara ketua samseng dekat sekolah dulu..?
Mimi    : Eh kau orang ini kakak aku lah..sekarang dia dah tak macam dulu lagi..
Fara    : Maafkan aku.. sebab dah banyak nuat salah dekat kau orang semua..
Shira    : Kita orang dah lama maafkan kau..
Syieda  : Betul itu..
Emilia  : Anyway..kau dengan siapa sekarang..?
Fara    : Kau orang rasa..?
Syieda  : Janganlah main-main..
Fara    : Kau orang tak kenal lah.. Dia lelaki yang berjaya mentransformasi aku.. dia lah yang membawa aku ke jalan yang lurus..
Shira    : Alhamdulilah..
Fara    : Kau orang makan dulu lah..aku nak layan tetamu lain..
Shira    : Ya lah..

Dania  : Asalamualaikum..
Syieda  : Wa’alaikumusalam..
Mimi    : Eh,, Dania..jemputlah makan..
Dania  : Ya lah..
Mimi    : Datang denga siapa .. seorang..?
Dania  : Dengan suami..
Shira    : Suami..siapa..
Jufry    : I ..
Shira    : Jufry..? Tahniah.. Ni kenalkan Jufry..kawan lama..
Dania  : Kita orang makan dululah ..
Mimi    : Jemputlah..

Syieda  : Terasa macam majlis reunion pula..
Shira    : Tahu tak pa..ni bukan majlis hari jadi ni tapi majlis reunion..
Emilia  : Kau orang aku nak bagitahu something..
Mimi    : Apa..?
Syieda  : What..
Emilia  : I’m pregnant..
Shira    : Really ..congrats..
Mimi    : Kau takkan tak tahu Shira..
Shira    : Tak..
Syieda  : Kau check dekat siapa..?
Emilia  : Dekat klinik..nanti kalau aku check dengan Shira..tak surprise..
Mimi    : Macam-macamlah kau ini.. Anyway congrats..
Emilia  : Thanks..
Syieda  : Kau orang..mana anak-anak kita ..?
Mimi    : Dengan ayah dia orang lah itu..
Shira    : Kau nak risau apa..
Syieda  : Tak lah.. saja je tanya..

Hakim : Masa untuk ambil gambar..
Mimi    : Jom..

Eisha   : Mama nak dukung..
Shira    : Sini.. Emeer dengan papa eh..
Emeer  : (K)..
Haziq   : Sini dengan papa..

Ashraf  : Mana anak..?
Syieda  : Kat awak lah..
Ashraf  : Mana ada..
Tasha  : Ibu..ayah..
Syieda  : Tahu takut..lain kali jaga anak betul-betul..
Ashraf  : Hehe..

Hakim : Say cheese..
Semua : Cheese..

Tamatlah kisah dia orang..mereka hidup bahagia selepas itu kerana CINTA ITU MILIK MEREKA..

Older Post