Misteri Mimpi_4
Sunday, 25 March 2012 | 02:55 | 0 comments
Pagi itu Fahmi
dikejutkan soalan bertubitubi dari rakan-rakannya , Geng Sewel . Semalam
selepas misi untuk mengenakan pelajar baru , Mia Shaqyna tidak berjaya , Fahmi
menghilangkan diri . Dan padah menantinya pagi ini .
“ Kau kenapa semalam
? ” Hazrul memulakan perbualan . Dia duduk berhadapan dengan Fahmi . Sudah
menjadi kebiasaan Geng Sewel setiap hari akan bersarapan di Cafe . Yang lain
hanya menunggu jawapan . Mereka juga hairan dengan sikap Fahmi semalam . Buat
pertama kalinya Fahmi tidak berjaya menjalankan misinya .
Fahmi sudah agak
bahawa itu merupakan soalan yang pertama . Oleh itu , semalam dia sudah memerah
otaknya bagi memikirkan jawapan apa yang paling bernas untuk menjawab soalan
itu . “Aku semalam tiba-tiba sakit perut . Sorry geng . ” Fahmi mereka
jawapannya , tapi dia sendiri tidak yakin yang jawapannya itu boleh
menyelamatkan dirinya .
Geng Sewel
memandang Fahmi semacam . “ Kau orang janganlah pandang aku macam itu . Segan
aku. ” Fahmi sudah cuba membuat lawak . Tapi ‘lawak’ itu tidak memberi kesan
apa-apa terhadap geng sewel yang lain . Masing-masing menunggu jawapan yang
betul-betul bernas daripada Fahmi . Mereka tetap kaku .
‘ Ala tak
berkesanlah . Macam mana ini ? Aduh ! ’ Fahmi sudah resah .
“ Eh dah lah . Jom ! Nanti lambat masuk kelas
. ” Fahmi cuba mengelak . Namun mereka tetap kaku . “ Okay-okay . Aku cakap .
Sebenarnya semalam aku sendiri tak tahu kenapa aku kaku . Blank . Otak aku
blank bila nampak Tengku Mia Shaqyna binti Tengku Zulkifli . Seriously aku
cakap , aku tak tahu . ” Akhirnya Fahmi memberitahu hal yang sebenar . Saat itu
mereka bergerak sedikit . Tidak lagi kaku seperti tadi .
Fahmi berjaya
membuat mereka tidak lagi kaku . “ Okay dengar cakap aku . Bila aku pandang je
muka Mia itu . Aku macam pernah kenal dia . Bahkan macam aku sangat rapat
dengan dia . Dan muka dia macam pernah muncul dalam mimpi aku sebelum ini . Dia
dengan seorang nenek tua . Aku tak tahu kenapa aku kesian sangat tengok dia .
Padahl aku sendiri tak kenla dia . ” Fahmi menarik nafas pajang setelah
berhujah .
Mereka yang
mendengar hanya mampu menelan air liur masing-masing . “ Susah juga masalah kau
ini . ” ujar Syafiq sambil menghirup air kegemarannya , Teh Tarik . “ Takkan
kau tak pernah jumpa dia langsung kalau kau sendiri cakap yang kau kenal dia .
” Alya cuba menyelesaikan masalah Presidentnya .
Hazrul juga mencari
klu bagi menyelesaikan masalah Fahmi . Dahlah masalah mimpi Fahmi tak selesai
lagi , sekarang masalah diadengan Mia Shaqyna pula . Maklumlah nak jadi macam
‘Detektif Conan’ lah katakan . “ Eh . Kejap . Semalam aku sebut nama dia sekali
je kan . Macam mana kau boleh ingat nama dia . ” Hazrul teringat nama yang
disebut oleh Fahmi .
“ Yalah . Aku
sendiri tak tahu macam mana aku boleh ingat nama dia . ” Fahmi juga bingung
macam mana dia boleh ingat nama Mia Shaqyna . “ Ha’ahlah . Aku pun tak ingat .
Kau boleh tangkap eh Hazrul . ” Syafiq memuji rakannya . “ Well . Ini Mohd
Hazrul lah . Siapa tak kenal , bakal detektif yang terkenal satu hari nanti . ”
Hazrul sudah membanggakan dirinya . Rakan-rakannya yang lain mencebik bibir .
“ Sebenarnya aku
nak cakap something , tapi aku takut salah cakap . ” ujar Hani yang dari tadi
yang mendiamkan diri . Geng Sewel sudah berpesan padanya kalau tak tahu nak cakap
apa senyap je , tak payah cakap ! “ Aku nak cakap , mak aku selalu pesan kalau
kita macam kenal seseorang itu padahal kita rasa kita tak pernah jumpa dia
langsung , sebenarnya kita maybe kenal dia di alam lain or waktu kecil . Yalah
waktu dengan alam lain manalah kita ingat apa-apa . ” Hani cakap dengan sekali
nafas .
Geng Sewel sudah
mengangguk kecuali Fahmi . “ Kau orang rasa , patut ke aku jumpa dia ? ” Ujar
Fahmi meminta persetujuan . “ Maybe . Yalah cuba kau kenal dengan dia . ”
Syafiq cuba memberi pendapat .
“ Eh Geng . Itu dia
. ” Alya sudah menunjukkan ke arah Mia Shaqyna . “ Pergi . Pergi cepat ! ”
Hazrul menolak-nolak badan Fahmi yang gagah itu .
_____....._____
Hari ini Mia
Shaqyna pergi Cafe kerana mahu membeli air mineral kerana terlalu haus .
Tiba-tiba dia didatangi Fahmi . Fahmi terus duduk di sebelahnya .
“ Hai . Awak anak
tuan punya kolejkan ? ” Fahmi dengan selambanya memulakan perbicaraan . Mia
Shaqyna hanya tersenyum . “ Yes . Thats me . Nama saya Tengku Mia Syaqyna . ” Mia Shaqyna jawab dengan tenang .
“ Nama saya Aidil
Fahmi . Saya panggil awak Mia boleh ? ” Fahmi semakin selesa berbual dengan Mia
Shaqyna . “ Boleh , tapi orang tak pernah panggil saya Mia . Orang biasa
panggil saya Qyna . Tapi its up to you . Kalau awak panggil saya Mia , saya
panggil awak Aidil , Boleh ? ” soal Mia Shaqyna .
Tanpa berfikir
panjang Fahmi mengganguk setuju . “ So kita kawan boleh ? ” Fahmi mula
menyatakan hasrat yang sebenar . Mia Shaqyna mula berfikir sejenak . ‘ Kenapa
aku senang nak kawan dengan dia . Selesa dengan dia . Nak kawan ke tak ? ’
“ Kawan . ” Ujar
Mia Shaqyna sambil menghulurkan tangan tanda persahabatan bermula . Fahmi
sangat gembira . “ Okay , sebagai tanda persahabatan kita . Apa kata saya
belanja awak makan . Awak order je apa yang awak nak . ” ujar Fahmi mempelawa .
Mia Shaqyna bingung
. “ Maaflah . Saya tak boleh terima . Bukan saya tak suka . Tapi saya ada kelas
kejap . Saya pergi sini pun sebab nak beli air mineral ini je . ” ujar Mia
Shaqyna sambil menunjukkan air mineral yang dibelinya tadi . Tanpa sempat Fahmi
jawab , Mia Shaqyna meniggalkan Fahmi sambil berkata , “ Bye . Hope see you
next time . Saya dah lambat . ” Fahmi hanya mampu melambaikan tangannya .
Selepas Mia Shaqyna
beredar , Geng Sewel pun muncul . “ So ? ” soal Hazrul . “ So , apanya ?
Biasalah . Dia cakap aku boleh kawan dengan dia . Thats all . ” ujar Fahmi yang
berjalan menuju ke kelasnya . “ Yeah ! Satu permulaan yang baik . ” Hazrul
sudah tersenyum girang memikirkan Fahmi dan Mia Shaqyna .
Fahmi pelik melihat
sikap Hazrul . “ Yang kau tersengih-sengih itu kenapa ? Sawan ? ” soal Fahmi .
Senyuman Hazrul terus mati . “ Sampai hati kau , Fahmi . Cakap aku ada sawan
aku okay lah . Dah lahjom . Nanti lambat . Kena marah dengan Pn. Kalsom Colgate
kesayangan kau itu . ”
Pn. Kalsom diberi
gelaran Colgate disebabkan pada hari pertama Pn . Kalsom mengajar , dia
tersalah cakap . “ Okay kelas . Saya akan mengajar kamu . Nama saya Pn .
Colgate . Maksud saya Pn. Kalsom . ” Sejak itu , Pn. Kalsom terus diberi
gelaran itu .
Mereka berpecah .
Alya dan Hani mengambil bidang Fesyen . Manakala yang lain mengambil bidang Wartawan
.
Suasana di dalam
kelas Fahmi sungguh bising . Mana pula Pn. Colgate ini ? Demam ke ? Semua
tertanya-tanya mana pergi Pn. Colgate , eh silap Pn Kalsom .
Tiab-tiba suasan
menjadi senyap seperti di kawasan tanah perkuburan . Kenapa ? Mestilah sebab
Pn. Kalsom masuk .
“ Maaf kelas . Saya
lambat masuk . Saya ada hal sikit . ” ujar Pn. Kalsom dan di sebelahnya ada
seorang gadis . Dan gadis baru sahaja menjadi kawan kepada Fahmi ! Mia Shaqyna
! Ya . dialah yang berada di sisi Pn . Kalsom . ‘ Kenapa ? Dia ambil bidang
Perakaunan ke ? ’ Fahmi membuat andaian .
“ Okay , hari ini
ada pelajar baru . Okay kenalkan diri awak . ” Pn. Kalsom memberi ruang kepada
Mia Shaqyna untuk memperkenalkan diri . “ Hye . Nama saya Tengku Mia Shaqyna .
Boleh panggil saya Qyna . Saya baru lagi . Harap awak semua boleh bantu saya .
” Mia terdengar bebrapa bisikan daripada pelajar-pelajar yang berada di
hadapannya .
“ Okay . Qyna ,
awak boleh pilih tempat mana yang awak suka . ” Setelah Pn.Kalsom cakap . Mia
Shaqyna segera memilih tempat duduk , tapi malangnya tiada seorang pun yang
mahu duduk bersebelahan dengannya . Mia Shaqyna ternampak satu tempat kosong .
Apabila sampai di
tempat itu . Fahmi berkata , “ Hye , jumpa lagi . ” . Rupa-rupanya tempat
kosong itu bersebelahan dengan Fahmi . “ Eh , hye Aidil . Awak ambil bidang ini
juga ? ” soal Mia Shaqyna . “ Yes . Bolehlah saya kenal-kenal dengan awak lagi
. ” ujar Fahmi sambil tersenyum manis .
Saat itu , ramai
mula berbisik . Maklumlah anak tuan punya kolej duduk bersebelahan dengan
seorang yang amat dikenali ramai disebabkan dengan kedegilannya , President
Geng Sewel .