Misteri Mimpi_1
Sunday, 25 March 2012 | 02:52 | 0 comments
“ Argghh ,! aku
dekat mana ni? ” soal Fahmi kebingungan . Setahu dia tadi dia berada di dalam
kelasnya. Namun kini dia seolah-olah berada di dalam sebuah banglo usang sangat
besar dan keadaan di dalamnya sangat kotor serta berbau hapak .
Fahmi berjalan
mencari jalan keluar di dalam banglo itu . “ Macam mana boleh aku sampai sini ?
Siapa yang bawa aku ? Atau ada orang culik aku ? Tapi takkanlah , mak ayah aku
bukannya orang kaya sangat pun . ” Pelbagai soalan yang terdapat di dalam
kepala Fahmi .
Tiba-tiba dia
terdengar bunyi seperti bunyi orang bercakap . Lantas Fahmi mencari bunyi itu .
Dia terjumpa sebuah bilik dan bunyi itu kuat dari arah bilik itu . Fahmi
membuka pintu bilik yang agak usang itu lalu dia ternampak rakan-rakannya duduk
persis di dalam kelas . Tapi mereka membelakangi Fahmi . Fahmi mendekati
rakan-rakannya , tetapi saat mereka menoleh wajah dan rupa mereka seperti zombi
yang terdapat dalam cerita ‘Zombi Kampung Pisang’ Fahmi terhenti .
“ Kenapa muka kau
orang macam ini ? Ada drama ke kena berlakon ? Kenapa tak ajak aku ? Aku suka
berlakon ini . ” soal Fahmi terhadap rakan-rakannya . Tetapi rakan-rakannya
tidak mengendahkan kata-kata Fahmi terus menuju ke arah Fahmi seolah-olah
seperti ingin menikamnya .
Fahmi sudah resah .
“ Wei ! Aku tanya kau orang ini . Hazrul , Syafiq kenapa ini ? Kau orang kan
kawan aku . Jangan ! Janganlah macam ini ! Jangan makan aku . Ampunkan aku .
Ampun . ” Fahmi sudah terjerit-jerit meminta tolong .
“ Awak nak minta
ampun dekat siapa pula Fahmi ? ” Kedengaran suara Pn. Kalsom . ‘ Eh kenapa ada
Pn.Kalsom pula dekat sini ? Tadi tak ada ? ’ Desis hati Fahmi yang masih mamai
.
“ Fahmi ? ”
Kedengaran lagi suara Pn. Kalsom . “ Err , saya nak minta ampu dekat Pn. Kalsom
sebab saya selalu tidur di dalam kelas Puan . Yalah kalau Puan masuk kelas je
bukan masuk apa yang Puan ajar . Cara Puan ajar tak best lah Puan ” Dengan
lantangnya Fahmi berkata walaupun masih mamai .
Tiba-tiba dia
terdengar suara orang ketawa . “ Hahaha ” . Tatkala itu baru Fahmi sedar bahawa
tadi dia berada di alam lain . ‘ Mimpi rupanya . Nasib baik . Kalau tidak
confirm aku kena makan dengan ‘zombi-zombi’ tadi ” Sempat lagi Fahmi berbisik .
“ Bagus Fahmi .
Tahniah . Yang lain contohilah sikap Aidil Fahmi . Dia mengaku yang dia selalu
tidur di dalam kelas saya . Syabas Fahmi ” Sindir Pn. Kalsom . Fahmi yang
berada di tempatnya hanya tersengih .
_____ ..... _____
“ Tadi kau kenapa ?
Sampai sanggup mengaku bagai . Jatuhlah martabat ‘President Geng Sewel’ .
Apalah . ” tanya Hazrul , yang juga merupakan ahli ‘Geng Sewel’ merangkap rakan
karib Fahmi sejak semester satu . Fahmi belajar di sebuah Kolej swasta di Shah
Alam . Kini Fahmi berada di semester dua . Tinggal lagi satu tahun je untuk dia
bebas . Itulah perkara yang selalu berada di dalam fikirannya .
Dia menubuhkan
sebuah ‘Geng’ yang bernama ‘Geng Sewel’ . Dia sendiri tidak tahu kenapa dia
meletakkan nama ‘sewel’ itu . Geng itu terdiri daripada Hazrul , Syafiq , Alya
dan juga Hani . Tugas Geng ini ialah mengenakan atau menjahatkan orang . Mereka
pernah mengenakan seorang pelajar baru dengan memberitahu bahawa ada pelajar
senior yang meminati pelajar itu . Pelajar baru itu menyangkakan ianya betul
dan menemui pelajar senior itu lalu menerima ‘cinta’ pelajar itu . Pelajar baru
itu malu apabila mendapat tahu bahawa ianya tidak betul . Geng Sewel berjaya
mengenakan pelajar itu .
Fahmi dan ahli
gengnya terus menikmati makanan yang berada dihadapan mereka . Fahmi membiarkan
soalan Hazrul tergantung . “ Oi . Orang tanya kau boleh buat bodoh je . ”
Tempik Hazrul sambil membaling syiling ke arah Fahmi .
“ Apa ini ! ” Fahmi
sudah tersedak-sedak . “ Sorry .
Patutnya aku yang marah bukan kau . Yalah aku tanya kau , kau buat bodoh je .
Mana aku tak sakit hati . ” Hazrul mula rasa bersalah sekejap tetapi selepas
itu dia marah kembali .
Fahmi sudah reda .
“ Aku malaslah nak jawab . Aku nak makan . Okay , aku jawab . Aku rasa diri aku
ada something wrong . Setiap kali aku tidur mesti aku mimpi . Lepas itu mesti
mimpi aku itu dekat sebuah banglo lama . Aku pun tak tahu banglo itu dekat mana
. Tapi orang yang ada dalam mimpi aku bertukar-tukar . Kadang-kadang kau ,
Syafiq , Alya , Hani , Pn. Kalsom , dan yang paling aku tak sangka mak cik jual
buah dekat Cafe itu pun pernah masuk dalam mimpi aku . ” Fahmi sudah menarik
nafas . Rakan-rakan yang lain mendengar luahan hati Fahmi dengan khusyuk sekali
.
Kini
Hazrul sudah faham kenapa rakan karibnya itu sering sekali mengigau pekara yang
buruk-buruk . “ Kau sabar je lah . Ini semua mainan tidur je ” kata Syafiq yang
cuba meredakan kerisauan Fahmi . Hazrul , Alya dan Hani hanya mengangguk setuju
dengan kata Syafiq itu .
Fahmi
sudah tenang sedikit . “ Memang mula-mula aku ingat itu mainan tidur . Tapi
bila setiap hari , takkan mainan tidur kot . Lagipun mimpi muncul sejak aku
masuk kolej ini . Mesti ada something wrong . ” Fahmi sudah menyatakan
pandangannya .Fahmi yakin ini mesti ada kena-mengena kisah hidupnya .
Syafiq
dan Fahmi telah berkawan sejak bersekolah menengah lagi . Syafiq telah masak benar
dengan perangai Fahmi . Dia juga telah mengenali ibu bapa , adik-beradik dan
mahupun sedara-mara Fahmi . Syafiq seolah-olah adik atau abang kepada Fahmi .
“ Fahmi
, kalau aku cakap agak-agak kau risau tak ? ” Syafiq ingin menyatakan sesuatu
tapi dia takut rakannya risau .
Fahmi
bingung dengan soalan Syafiq . “ Kau tak cakap lagi , macam mana aku nak tahu
yang aku risau ke tak . Kenapa ? ”
“ Kau
ingat tak waktu sekolah menengah dulu . Kau pernah cakap seorang-seorang waktu
kita main bola dekat taman . Kan aku bawa kau balik rumah . Aku tanyalah mak
ayah kau profile diri kau . Dia orang beritahu yang kau selalu berkelakuan pelik
waktu kecil . Kau percaya tak yang kau pernah buat kerja bodoh atau dengan
lebih tepat lagi membunuh diri dengan menghiris kulit kau sendiri . Bodohlah
kau . ” Mereka yang mendengar penjelasan Syafiq terkejut kerana tidak sangka
bahawa Pengerusi mereka pernah melakukan kerja bodoh seperti itu .
Syafiq menyambung kembali penjelasannya . “ Ada lagi
Fahmi . Mak ayah kau pernah beritahu yang kau pernah diculik dan hampir dibunuh
sewaktu umur dua belas tahun . Dan sejak itu kau berkelakuan pelik . Sekian . ”
“Kenapa
aku tak tahu benda itu semua ? Mak ayah aku tak cakap apa-apa pun . ” Fahmi
sendiri tidak tahu bahawa dirinya pernah melalui pekara-pekara seperti yang
dijelaskan Syafiq .
“ Kau
sabar Fahmi . Kau lupakan je apa yang aku cakap tadi . Sekarang kita chill .
Kita cari mangsa , okay ” Syafiq berkata sebaik dia melihat Fahmi gelisah .
“ Tak
silap aku ada pelajar baru masuk kolej ini . Jom kenakan dia . ” Alya juga
tidak mahu mengingati apa yang dijelaskan oleh Syafiq .
Mereka
setuju untuk menganakan mangsa baru mereka . “ Jom ! ” Kata mereka serentak .
Sebenarnya
Fahmi masih tidak dapat melupakan butir-butir penjelasan Syafiq . Dia risau .
Dia ingin mengetahui adakah itu semua itu betul atau tidak ? Dan kenapa dia
tidak mengetahui pekara itu sedangkan rakannya tahu ?