Misteri Mimpi_3
Sunday, 25 March 2012 | 02:54 | 0 comments
Mia Shaqyna
menghempas tubuhnya di atas katilnya yang empuk sekali . Sesekali kedengaran
keluhan Mia Shaqyna . Hari ini merupakan hari pertama dia belajar di kolej
milik ayahnya sendiri . Dulu dia belajar di kolej di luar negara . Tapi kini
dia terpaksa mengikuti ayahnya pulang ke tanah air untuk melanjutkan
pelajarannya . Dia lebih rela mengikuti ayahnya daripada mengikuti ibunya .
Ayah dan ibunya telah bercerai disebabkan ibunya mempunyai jantan lain .
Bunyi ketukan pintu
menyebabkan lamunan Mia Shaqyna tergendala . “ Boleh daddy masuk ? ” Tengku
Zuklfili telah masuk ke dalam bilik puterinya . “ Dah masuk , dah nak duduk dah
pun . Itu pun nak minta izin lagi . Apalah daddy ini ?! ” Mia Shaqyna sudah
tahu benar perangai ayahnya .
Tengku Zulkifli
hanya tersengih . “ Saja . Kalau tak minta izin nanti Qyna marah . ” Tengku
Zulkifli sudah duduk berhadapan dengan puterinya . “ Ni daddy nak tanya ini .
Kolej okay ? Okay tak belajar dekat situ ? Ada orang kacau Qyna ? Kalau ada
biar daddy tendang dia je , masuk gol macam Safee Sali tendang bola . ” kata
Tengku Zulfikli serta sempat lagi buat lawak .
“ Banyaknya soalan
daddy . Kalau macam itu Qyna nak jawab mana satu dulu ? Daddy , Daddy . ”
Begitulah sikap daddynya . Kalau nak tahu sesuatu mesti banyak sangat soalan .
Mia Shaqyna menjawab dengan nada yang manis sekali . “ Daddy . Qyna okaylah .
Orang dekat sana pun baik-baik . Ramai juga yang nak kawan dengan Qyna .
Maklumlah anak tuan punya kolej lah katakan . ” Kadang-kadang Mia Shaqyna agak
gedik . Tetapi sebenarnya dia seorang yang pintar , cantik , lemah-lembut
persis arwah opahnya .
Tengku Zulkifli
senang dengan jawapan anaknya . “ Baguslah . ” Tiba-tiba Tengku Zulkifli
mengadu sakit perut . “ Aduh , sakit perut daddy . Sakit sangat . ” Tengku
Zulkifli menekan-nekan perutnya .
Mia Shaqyna cemas .
“ Daddy kenapa ini ? Kenapa sakit perut ? ”
“ Daddy lapar .
Lama daddy tunggu Qyna dimeja makan . Lapar sangat . ” Tengku Zulkifli
tersenyum kambing . Mia Shaqyna menahan rasa geram . “ Daddy ! Daddy ini buat
orang cemas je ! Terkejut Qyna tau ! ”
“ Ala . Sayang anak
daddy ini . Daddy main-main je . Dah lama tak bergurau dengan Qyna . Rindu pula
. Jom makan ” Tengku Zulkifli tersengih-sengih . Mia Shaqyna sudah kembali
ceria . Mereka turun dan makan makanan yang disediakan oleh orang gaji mereka yang
sudah lama berkhidmat iaitu Mak Mah .
_____....._____
“ Mia . Mia . Mari
sini cu . Mari dekat opah . ” kata opah Mia Shaqyna , Nek Siti . Mia Shaqyna
hanya menurut kata opahnya . Daia duduk bersebelahan opahnya di luar sebuah
rumah banglo yang kelihatan seperti sudah lama tidak berpenghuni . Dia sendiri tidak
tahu kenapa dia boleh berada di situ ? Rumah siapa ini ? Kenapa opah ada dekat
sini ? Macam mana aku ada dekat sini ?
Nek Siti hanya
tersenyum bila melihat cucunya keresahan . “ Jangan risau cu . Opah ada benda
nak cakap . Tolong selamatkan opah cu . Tolong ! Opah dah tak tahan cu . Opah
sakit cu ! Opah dah tak kuat lagi cu . Tolong cu . ” Wajah Nek Siti berubah
menjadi sangat mengerikan . Berkedut-kedut . Penuh dengan darah dan mempunyai
satu lubang seperti bekas tembakan dan dipenuhi darah di dahi Nek Siti .
Mia Shaqyna
terkejut melihat wajah opahnya . Dia mula berundur setapak demi setapak . “
Opah kenapa muka opah jadi macam itu ? Opah sakit ke ? ” Tanya Mia Shaqyna
bertubi-tubi terhadap opahnya .
Tiba-tiba muncul
dua orang lelaki yang tidak dikenalimenyentap tangan opahnya menyebabkan
opahnya terjatuh . Siapa lelaki ini ? Kenapa dia buat opah macam ini ? Opah kan
sakit ! Terdetik sedikit belas kasihan Mia Shaqyna .
Melihat opahnya
yang menahan kesakitan , dia sudah tidak tahan lagi . “ Awak . Kenapa buat opah
saya macam ini ? Opah saya sakit . Jangan . ” Walaupun sakit hati dengan sikap
lelaki-lelaki itu , dia tetap tidak meninggikan suara .
Namun kata-kata Mia
Shaqyna tidak diendahkan oleh mereka . Mereka tetap menarik Nek Siti dengan
kasar lalu membawanya jauh dari Mia Shaqyna . Tiba-tiba Mia Shaqyna terdengar
bunyi opahnya menjerit . Dia menjadi sangat takut .
Bang ! Bang ! Bang
!
“ Jangan ! Jangan !
” tadi Mia Shaqyna terdengar bunyi tembakan tiga kali , tapi kini dia terdengar
bunyi jam loceng kesayangannya yang limited edition .
Bangun Qyna !
Bangun Qyna !
Akhirnya Mia
Shaqyna tersedar . Dia mengeluh dan segera mematikan jam locengnya . Cuma mimpi
! Itulah ayat pertama yang terkeluar dari mulutnya . Dia harus tanya daddynya .
Dia harus ! Mia Shaqyna segera membersihkan dirinya serta solat Subuh .
_____....._____
“ Mak Mah . Mak Mah
. ” Mia Shaqyna memanggil orang gajinya . Pelik mana semua orang . Daddynya
sendiri menghilang . Di bilik tak ada . Di bilik bacaan tak ada .
Mak Mah muncul
dengan menatang sebuah dulang . “ Ya Qyna . Sorry . Mak Mah tak dengar . Mak
Mah dekat dapur tadi . ”
“ Tak apa lah Mak
Mah . Daddy mana Mak Mah ? ” Ujar Mia Shaqyna sebaik sahaja duduk di atas
kerusi meja makannya .
Mak Mah yang baru
hendak menuangkan air untuk majikannya berkata . “ Daddy kamu keluar awal tadi
. Lepas Solat Subuh terus keluar . Katanya ada hal mustahak . ” Terang Mak Mah
dengan tenang .
Mia Shaqyna
mengangguk . Tiba-tiba ada bunyi mesej masuk di handphonenya .
Moning Qyna ! Sory daddy tak teman Qyna mkn . Daddy ada
hal skit . Nnt balik kolej kte jmpa . J ~ur beloved
daddy~
Mia Shaqyna
tersenyum melihat mesej dari daddynya . Mia Shaqyna sudah agak kalau daddynya
tiada pagi hari pasti daddynya akan menghantar mesej . Lantas membalas mesej
daddynya
It’s okey daddy . Lg pon ad Mak Mah . Tak pyh risau sgt .
Slamat bekerja . J Hehe . ~Qyna~
‘ Kerja apa
pagi-pagi ini ? Kolej ada masalah ke ? Apa-apa je la . Yang penting balik nanti
aku kena tanya juga dengan daddy . ’