Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile




Misteri Mimpi_6
Wednesday, 28 March 2012 | 06:04 | 0 comments

Pagi-pagi lagi Fahmi sudah tercegat di Cafe kolejnya . Sampai sarapan pun tak sempat . Pelik Syafiq dan Hazrul melihatnya . Sarapan di Cafe katanya . Fahmi duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di Cafe kolejnya . Duduk termenung menunggu seseorang . Siapa ?
“ Eh , Hye . Seorang je ? ” Ada suara yang mengacau ketenangan pagi Fahmi . Tetapi Fahmi tidak marah kerana itu adalah suara rakan barunya , Tengku Mia Shaqyna ! “ Eh , taklah . Mana ada seorang , kan ramai dekat Cafe ini . ” Fahmi cuba buat lawak .
Suasana menjadi sepi . Tiada siapa yang mengeluarkan , Si Fahmi mahupun Mia Shaqyna . “ Err . err . Saya ” Akhirnya mereka mengeluarkan suara serentak !
“ Awak cakap dulu . Ladies first . ” Fahmi memberi ruang kepada Mia Shaqyna . “ Okay . Kita ini pernah jumpa ke ? Kenapa saya rasa macam kenal awak ? ” Mia Shaqyna cuba menyatakan hasrat sebenarnya .
“ Erm , sebenarnya saya pun nak tanya benda yang sama . Saya rasa yang saya ini rapat sangat dengan awak . ” Fahmi agak terkejut dengan soalan Mia Shaqyna . Dia tidak sangka bahawa itu adalah soalan pertama Mia Shaqyna .
Mia Shaqyna runsing . “ Macam mana eh ? Kita macam serasi . Saya pun tak takut nak kawan dengan awak . ”
“ Erm . Awak dah sarapan ? ” Mia Shaqyna menggelengkan kepalanya setelah mendengar soalan Fahmi . “ Kalau belum kita order makan dulu . Baru kita cerita okay . ” Mia Shaqyna ragu-ragu menerima permintaan Fahmi . Akhirnya , dia mengangguk setuju .
“ Yeah . Awak cakap awak nak sarapan apa . Biar saya yang belanja . ” Tanya Fahmi kegirangan . Mereka makan makanan yang dibelanja oleh Fahmi ; nasi lemak dan teh tarik .
Setelah hampir habis makanan dimakan , Mia Shaqyna bersuara . “ Thanks , Aidil .. Thanks sebab belanja saya sarapan hari ini . Padahal kita baru je kenal . ” Mia Shaqyna mengucapkan terima kasih .
“ It’s okay . Okay sekarang biar saya yang mulakan dulu . Okay , cik Mia Shaqyna , opps Tengku Mia Shaqyna . Awak ada adik-beradik lain tak ? Kakak ? Adik ? ” Soal Fahmi . Pada awal perbicaraan Mia Shaqyna tersenyum , tapi bila mendengar perkataan Kakak senyuman itu mati .
Mia Shaqyna tak tahu nak jawab apa . Dia sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya dia jawab . Dia rasa seolah-olah mempunyai kakak , tapi dia tidak pernah mempunyai kakak .
Fahmi yang melihat perubahan di wajah Mia Shaqyna terus rasa bersalah . “ Sorry kalau benda yang saya tanya itu terlalu personal . ” Fahmi meminta maaf . Dia memang rasa bersalah seolah-olah telah membunuh seseorang .
Mia Shaqyna hanya tersenyum mendengar ucapan Fahmi . “ Tak apa , saya tak kisah , tapi , saya , saya . ” Kata-kata Mia Shaqyna mati apabila Syafiq dan Hazrul datang menerpa .
“ Hey , Fahmi ! Sampai hati kau , pergi kolej tak tunggu aku . Eh ! Ada Mia lah . Hye Mia . How are you ? ” Ujar Syafiq . Mia Shaqyna berasa tidak selesa dengan situasi sekarang .
Syafiq dengan perasaan tidak bersalahnya duduk disebelah Mia Shaqyna manakala Hazrul duduk disebelah Fahmi . Fahmi sedikit terkejut dengan perlakuan Syafiq , bukannya tiada kerusi lain . Buat kacau je ! Fahmi takut Mia Shaqyna tidak selesa .
“ Err , Syafiq . Boleh awak panggil saya Qyna ? Saya tak biasalah dengar orang panggil saya Mia . Boleh ? ” soal Mia Shaqyna terus terang . Syafiq berasa sedikit malu dengan permintaan Mia Shaqyna .
“ Okaylah . Anything for , my dear . So Mia , awak buat apa dekat sini ? ” Syafiq sudah menukar topik , dia tidak mahu berasa malu lama-lama . Hazrul yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri , terangguk-angguk setuju dengan soalan yang diujarkan Syafiq .
“ Oh , secara kebetulan je . Tak sengaja terserempak dengan Fahmi . Join sekali . Tak boleh ke ? ” jelas Mia Shaqyna . Dia cuba memutar-belitkan penjelasannya . Dia tidak mahu mereka fikir yang bukan-bukan tentang dirinya dan Fahmi .
Fahmi yang mendengar penjelasan Mia Shaqyna berlagak tenang . Dia tahu mengapa Mia Shaqyna bertindak begitu . Kalau dia menjadi Mia Shaqyna , dia juga akan berbuat demikian .
Syafiq dan Hazrul mengangguk tanda faham dengan penjelasan Mia Shaqyna . “ Err , saya kena pergi dulu . Kejap lagi ada kelas . ” jelas Mia Shaqyna apabila dia sedar dia sudah terlalu lewat untuk ke kelas .
“ Oh okay , tapi selepas ini kita boleh jumpa lagi kan ? ” soal Syafiq beria-ria .
“ Insya-Allah . ”
JJJ
Penat . Ya ! Itu sahaja yang mampu Fahmi katakan waktu sekarang . Tadi dia dikenakan hukuman lari padang kerana didapati mengusik rakannya sehingga menagis . Dia menghenyakkan tubuhnya di atas katil . “ Huh ! ” Fahmi mengeluh . Rakan-rakannya yang lain tidak kelihatan , tidak tahu pergi ke mana .
Baru sahaja Fahmi hendak melelapkan matanya , dia terdengar ada orang memanggilnya . “ Fahmi ! Mi ! ”
Fahmi mengeluh lagi . Siapa pula lah yang kacau aku waktu sekarang ini , baru aje nak tidur .
Syafiq sudah tercongok disebelah Fahmi dengan menayangkan giginya . “ Fahmi ,, ” ujar Syafiq dengan intonasi seolah-olah menggoda .
Fahmi yang mendengarnya dah macam ‘asdfghjkl’ . “ Kau okay ? Sihat ? Kenapa ini ? ” soal Fahmi . Dia geli dengan perlakuan rakannya .
Syafiq hanya menyengih . “ Actually , aku nak tanya pasal , pasal Qyna . ” jelas Syafiq . Oh , itu rupanya hajat sebenar Syafiq . Fahmi menarik nafas lega .
“ Itu je .? Kau nak tanya apa ? ” soal Fahmi .
“ Hehe . Aku nak tanya Qyna itu orangnya macam mana ? Dia suka lelaki macam mana ? ”
“ Kau suka dia eh ? Dia suka lelaki yang tinggi ofcourse , and dia suka lelaki yang cool . Chop ! Yang kau nak tanya aku ini apasal ? Macamlah aku kenal dia sangat .” soal Fahmi . Kenapa Syafiq tanya dia , dia bukannya kenal sangat dengan orang bernama Tengku Mia Shaqyna .
“ Eleh , aku tanya kau ini sebab kau itu Presiden Sewel . At least tadi kau jawab juga ! So , mesti kau tahu apa-apa kan . Kau tolong aku boleh ? Tolong cari maklumat pasal dia . Please . Kau kan kawan aku . Please , please , please . ” pinta Syafiq . Dia memang ingin tahu tentang Mia Shaqyna , dia sudah jatuh hati terhadap Mia Shaqyna .
“ Tengoklah . ”
“ Please , ” pujuk Syafiq .
“ Fine ! Tapi aku nak something as balasan . ” jelas Fahmi .
“ Okay , No hal ! Thanks dude ! ”
Syafiq sudah tersenyum girang . Jelas bahawa dia sangat gembira daripada riak wajahnya . Fahmi tidak kisah melakukan ‘mission’ yang disuruh Syafiq . Dia rela . Tapi macam mana dia boleh jawab soalan Syafiq sebentar tadi . Bagaimana dia tahu tentang diri Mia Shaqyna .
Sejak akhir-akhir ini , dia jarang menerima mimpi yang pelik-pelik lagi . Kenapa ? Dia sendiri tidak tahu .

Older Post