Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile




Misteri Mimpi_2
Sunday, 25 March 2012 | 02:52 | 0 comments

Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah buat Aidil Fahmi . Dia bersama  gengnya telah ditangkap kerana didapati telah mengenakan seorang pelajar senior dan menyebabkan pelajar itu terlantar di hospital sekarang . Biasanya tiada sesiapa yang mengetahui bahawa ianya adalah perbuatan Geng Sewel tetapi hari ini Prof. Ahmad dapat mengesan mereka .
Mereka berlima terpaksa berhadapan dengan Prof. Ahmad di dalam biliknya . “ Awak semua tahu tak , pekara yang awak semua buat selama ini telah menyebabkan ramai orang lain susah ?! ” Prof. Ahmad sudah hilang sabar .
“ Tak tahu Prof. ” Hani menjawab dengan beraninya . Dia tidak tahu bahawa jawapannya itu akan membawa padah . Prof. Ahmad sudah merenung mereka berlima dengan tajam . “ Sempat lagi awak menjawab ya Hani ? ” Kata-kata Prof. Ahmad sungguh pedas .
Hani bingung . “ Salah ke apa yang aku jawab tadi ? ” Hani berbisik dengan Alya yang setia berada di sebelahnya . “ Salahlah . Kau tak tahu ke ? Kan Fahmi selalu cakap kalau Prof. Ahmad cakap apa-apa kita kena senyap je , kalau tak nahas kita ” Alya menjawab soalan Hani dengan suara yang perlahan .
“ Disebabkan ini merupakan kesalahan kamu semua yang ketiga , saya telah mengambil keputusan bahawa saya akan buang kamu berlima . Pendek kata kamu dibuang kolej ! ” Prof. Ahmad mengatakannya dengan nada yang tinggi . Mereka berlima terkejut .
Fahmi telah menjeling Hani . Hani hanya membuat muka yang seolah-olah meminta bantuan . “ Prof. Ahmad maafkan kami Prof. ” ujar Hazrul yang cuba memujuk Prof. Ahmad dengan membuat memek muka sedih . Fahmi mencelah “ Yalah Prof. takkan Prof. sanggup kehilangan pelajar yang handsome macam saya ini Prof. ”
“ Prof. , Prof.saya Prof. , saya pandai tau Prof. Bijak , genius , cerdik . Proposal dia orang saya yang siapkan . Rugi Prof. kalau Prof. buang pelajar macam saya ini. ” Syafiq telah menyatakan kelebihannya . “ Kalau sayalah Prof. Bab-bab fesyen ini bagi je dekat saya . Confirm saya akan buat tip-top . Nanti kalau saya punya design dah sampai antarabangsa Prof. jangan menyesal Prof. ” ujar Alya yang mengambil kursus Fesyen . Memang design dia semua catik kalah designer antarabangsa .
Semua telah cuba memujuk Prof. Ahmad kecuali Hani . “ Hani kamu tak mahu ke nyatakan kelebihan atau kebolehan kaumu . Rakan-rakan kamu dah cakap , kamu tak nak ? ” Sindir Prof. Ahmad .
“ Err , saya nak cakap apa ? Oh . Prof. Ahmad yang handsome lagi bijaksana tolonglah jangan buang kami semua . Kami akan ikut je apa cakap Prof. Tak kisahlah apa pun . ” ujar Hani yang agak ketakutan ketika itu .
Prof. Ahmad memikirkan sesuatu . ‘ Kalau aku buang dia orang aku juga yang rugi . Tapi kalau aku ambil dia orang nanti aku juga yang terima padah . Ha ! Aku ada idea ’
“ Baiklah saya takkan buang kamu semua ” Prof. Ahmad telah membuat keputusan . Saat itu mereka berlima lega . “ Tapi dengan dua syarat . ” Tetapi kegembiraan mereka sebentar sahaja . Apakah syarat itu ? Kena cuci tandas selama satu tahun ke ? Kena berdiri depan orang ramai dan mengaku bersalah ke ? Itulah persoalan yang terdapat di dalam fikiran mereka .
“ Syaratnya ialah ... ” Seperti kedengaran bunyi drum role . “Yang pertama kamu semua haruslah hentikan segala perbuatan kamu . ” Mereka berlima menarik nafas lega . Itu je syaratnya . Senang je ! “ Syarat yang kedua kamu semua haruslah belanja saya makan tengah hari selama satu tahun . ” Mereka yang mendengar terkejut , itu syaratnya ? Biar betul ?
_____....._____

“ Wei ! aku tak percaya yang Prof. Ahmad suruh kita belanja di amakan selama setahun untuk terus belajar di kolej ini ? Apa dia fikir kita semua tak cukup duit ke nak belanja dia makan ? ” Ujar Syafiq . Dia masih tidak percaya bahawa hanya itu sahaja syaratnya . Mereka berlima terus lepak di Cafe setelah mendapat ‘hukuman’ dari Prof. Ahmad .
Alya yang sedang menikmati maggi kari lantas menjawab soalan Syafiq . “ Baguslah itu . Habis kau nak kena cuci tandas selama setahun ? Untung apa kita dapat ‘hukuman’ macam itu . ” Alya memberi pendapatnya .
“ Geng sorry tau tadi . Aku terlepas cakap . Aku lupa apa Fahmi pesan dekat aku . Sorry tau . ” Ujar Hani yang ingin meminta maaf sambil tersengih kepada Fahmi .
Fahmi hanya membalas sengihan Hani dengan jelingan yang sungguh tajam . “ Tak , aku tak marah . Memang mula-mula aku marah , tapi bila dengar kau pandai juga pujuk Prof. Ahmad itu . Okay sikitlah . ” Fahmi sudah berasa lega .
Hani tersenyum kambing . “ Biasalah ini Farissa Hani lah . Yang pandai memujuk orang , mengurat orang . Itu biasa kerja Hani lah . ” Hani sudah membanggakan dirinya .
“ Oi , kau orang ! Tengok itu . ” kata Hazrul yang sejak dari tadi hanya berdiam diri . Hazrul menunjukkan ke arah seorang perempuan yang cantik berambut panjang . Sesiapa yang melihatnya mesti cair punyalah . “ Aku dengar dia pelajar baru . Tak silap aku nama dia Tengku Mia Shaqyna binti Tengku Zulkifli . Ayah dia ada share dekat kolej ini . ” Hazrul menyatakan maklumat yang dia perolehi dari someone .
“ So ? ” Alya masih tidak faham kenapa Hazrul menunjukkan perempuan itu kepada mereka . Biarlah dia , baru masuk ke ? Anak Tengku ke ? Sultan ke ? Ada aku kisah ? “ Apalah kau ini Alya ! Jomlah ” Hazrul mengenyitkan matanya kepada Alya .
“ Maksud kau ? Kau nak kita orang kacau dia ? Tak nak aku . Dah lah anak tuan punya kolej ini . Baik-baik kita tak kena tendang , kena tendang dengan ayah dia . Habis kita ! ” Hani yang mengerti dengan kenyitan mata Hazrul , tidak setuju dengan ‘niat’ Hazrul sendiri . “ Ala beb . Relaks lah . Kita kacau kita dia sikit je . Tak teruk pun macam yang lain . Sikit je . Amacam ? Fahmi ? Syafiq ? ”
Saat itu semua memandang ke arah Fahmi . “ Woi ! Janganlah pandang aku macam itu . Aku tak cakap apa-apa pun . Relaks . Mula-mula memang aku tak setuju dengan ‘niat’ Hazrul , tapi bila dia cakap sikit je . Okay kan ? Sikit je kot . ” Akhirnya Fahmi setuju sedikit dengan ‘niat’ Hazrul .
“ Ha’ah . Aku pun setuju juga . Kan Hazrul cakap sikit je . Sikit je lah . Nanti apa-apa hal biar gentleman-gentleman ini yang tanggung . ” Syafiq juga bersetuju dengan ‘niat’ Hazrul . Mereka bertiga tersengih-sengih .
‘ Orang lelaki memang tidak serik . ’ bisik hati Alya . “ Suka hati kau oranglah . Apa-apa hal kau orang tanggung . Aku dengan Hani tak nak terlibat apa-apa . ” Ujar Alya . Hani mengangguk setuju .
Hazrul membuat muka bosan . “ Kan Syafiq dah cakap tadi . Apa-apa hal kita orang tanggung . ”
Setelah mengambil keputusan untuk mengenakan pelajar itu . Mereka menuju ke arah pelajar itu perlahan-lahan . Mereka bercadang ingin menumpahkan air tin kepada pelajar itu . Ini plan mereka . Mula-mula Hazrul jalan-jalan dekat dengan pelajar itu , then dia pura-pura batuk . Lepas Syafiq datang bagi dia air tin . Waktu Hazrul nak minum air itu , Fahmi datang dengan acting tergesa-gesa lalu melanggar Hazrul dan meyebabkan air tin itu tertumpah dekat pelajar itu .
“ Seperti yang kita rancang . ” Mereka membuat kata-kata semangat mereka dengan meletakkan tangan mereka bertindih sambil berkata . “ Geng Sewel ! S.E.W.E.L. Sewel! ”
Hazrul melakukannya dengan sempurna sekali begitu juga dengan Syafiq . Saat Fahmi ingin melakukan aksinya , Fahmi terhenti apabila terlihat wajah Mia Shaqyna lalu terlanggar Hazrul dan menyebabkan airi tin yang sepatutnya jatuh ke atas Mia Shaqyna itu terkena ke atas pelajar senior lain .
Hazrul dan Syafiq dimarahi oleh pelajar senior yang malang itu , manakala Fahmi tetap berdiri kaku depan Mia Shaqyna . Alya dan Hani yang melihat aksi-aksi mereka hanya mengeluh . “ Kan aku dah cakap tak jadi punya . Habislah kita , Alya . Kena dekat budak senior pula itu . Habis . ” kata Hani . Alya mengangguk-ngangguk setuju .
Kenapa Fahmi berhenti mengejut dan menyebabkan plan mereka tidak berjaya ? Sudah jatuh hati  ke Fahmi terhadap Mia Syaqyna ?

Older Post | Newer Post