Misteri Mimpi_5
Sunday, 25 March 2012 | 02:55 | 0 comments
Malam ini sangat
sunyi . Fahmi masih menghadap komputer untuk menyiapkan assignmentnya yang
berlambak . Dia membuka MP3 untuk mengurangkan rasa takutnya . Fahmi menyewa
sebuah rumah berdekatan dengan kolejnya . Dia menyewa bersama dengan rakan
baiknya , siapa lagi kalau bukan Syafiq dan Hazrul .
Tiba-tiba bunyi
ketukan pintu memecahkan ketenangan Fahmi . Fahmi mula geram . ‘ Siapa pula lah
yang nak ketuk pintu aku malam-malam buta ini . Tak reti tidur ke ? Kau pun tak
tidur juga ! ’ Hatinya mula bermonolog .
Dengan tiada
perasaan takut dia membuka pintu . Saat dia buka , dia terlihat dua makhluk
Allah berpakaian putih , berambut panjang kalah Fauziah Ghous . “ Oh mak kau !
Astaghfirullahalazim . ” Fahmi menutup mukanya menggunakan tangannya .
“ Ha ! Hahaha . ”
terkekek-kekek Hazrul ketawa . Dia
berjaya mengenakan Fahmi . Syafiq sudah menahan ketawa . Sakit perut dibuatnya
. Kelakar muka Haztul tadi . Kalau mereka bawa kamera dan mereka upload dalam
facebook confirm ramai yang like .
Fahmi merengus
geram . “ Kau orang ini ! Aku nak siapkan assignment , minggu depan nak hantar
. Kau orang tak ada kerja ke ? ” . Bila melihat Fahmi yang begitu marah mereka
senyap tapi sisa-sisa ketawa masih jelas kedengaran .
“ Ala , Bro .
Relaks lah . Chill . Kita orang memang bosan . Tapi kelakar gila muka kau tadi
. Hahaha . ” ujar Hazrul sambil ketawa . Syafiq memberi isyarat kepada Hazrul
supaya senyap .
Syafiq nak cakap ,
tapi dia takut Fahmi marah . “ Fahmi maafkan kita orang , kita tak tahu yang
kau tengah sibuk . Ni semua idea Hazrul bukan aku . Kalau kau nak marah , kau
marah dia , jangan marah aku . ” ujar Syafiq yang ingin meminta maaf .
“ Aku pun nak minta
maaf . Sorry . ” Hazrul yang sedar kesilapannya meminta maaf . Salah dia , dia
bagi idea yang salah . Yalah dah nak pukulsatu pagi , lampu bilik Hazrul masih
menyala . Takkan dia dah tidur . Sebab biasanya bila Fahmi tidur pasti dia akan
mematikan lampu bilik sebab katanya terang macam mana nak tidur ?
Fahmi jalan duduk
di hadapan komputernya kembali . “ Aku okay lah . Tadi aku marah sekejap .
Yalah siapa yang tak marah , kalau ada orang yang kita buat kerja ! ” Sindir
Fahmi .
“ Sorry lah , Aidil
. Janganlah marah . Esok kitabelanja makan tau . ” Hazrul cuba mengejek Fahmi .
Fahmi memandang muka Hazrul dengan jelingan maut . Syafiq sudah resah , dia
takut kalau-kalau disebabkan Hazrul dia juga terkena tempiasnya .
Syaifq bersuara , “
Kau ini Hazrul ! Fahmi kita orang nak tanya macam mana misi kau ? Berjaya ? ”
tanya Safiq dengan membuat memek muka yang manis . Fahmi membetulkan posisinya
dihadapan mereka . “ Okay . Biasalah . Kawan . Dia okay . Aku okay . ” Fahmi
menjawab pertanyaan Syafiq .
Hazrul mual serious
. Dia duduk tengah-tengah antara mereka . “ Takkan itu je kot . Dia tak pelik
ke ? Kau tiba-tiba je nak kawan dengan dia . Kalau aku jadi dia , aku pelik . ”
Fahmi mula berfikir . “ Betul juga . Tapi dia biasa je . Dia selesa , aku
selesa . Dan kita dah macam lama kenal . Aku tak tahu kenapa dia boleh senang
kawan dengan aku . ”
Mereka bertiga
senyap , tak tahu apa yang dikata . Tapi sebenarnya mereka sedang berfikir . Tiba-tiba
, terdengar Syafiq menguap . “ Huahhh . Ngantuklah . Esok je lah kita fikir .
Aku dah ngatuk dah ini . Nasib baik esok hari Sabtu , kalau tak tak ada maknanya
aku nak fikir sampai malam-malam buta ini . ” Syafiq sempat lagi berhujah .
Syafiq dan Hazrul
meninggalkan bilik Fahmi . Fahmi terus menyambung assingmentnya . Setelah penat
, dia nak tidur . Dia menutup suis lampu biliknya lalu tidur .
_____....._____
“ Mia . Mia . Awak
ke itu? Awak buat apa dekat sini ? Ini rumah siapa ? Banglo awak eh ? ” tanya
Fahmi kepada gadis yang membelakanginya . Fahmi melihat sekelilingnya . Sungguh
menyeramkan . Sangat !
Kedengaran tangisan
gadis itu . “ Tolong saya Fahmi . Tolong saya . ” Fahmi bingung dengan sikap gadis
itu . ‘ Tolong saya ? Apa maksud Mia Shaqyna . Fahmi ? Bukan nak panggil Aidil
ke ? ’. Fahmi memusingkan badan gadis itu dan dia terlihat wajahnya sangat
menyedihkan . Lebam sana sini . Darah mana-mana .
“ Hey awak kenapa
ini ? Sakit ? ” Fahmi cuba bertanya . “ Tolong Mia , Fahmi . Mia takut . ”
ujarnya sambil menangis . Tapi wajahnya lain sedikit dengan wajah Mia Shaqyna
yang ditemui siang tadi . Yang ini wajahnya lebih bujur sedikit dan nampak
lebih garang berbanding Mia Shaqyna yang manis tadi .
Tiba-tiba Fahmi
terlihat seorang lagi yang menyerupai wajah Mia Shaqyna berada di sebalik
dinding seolah-olah sedang menyembunyikan diri . ‘ Siapa dia ? Yang depan aku
ini siapa ? Kenapa dia orang ada dekat sini ? ’ Pelbagai soalan berada di
fikiran Fahmi .
Dua orang lelaki
yang gagah dan wajah mereka sungguh bengis datang secara tiba-tiba . Mereka
menyentap tangan gadis yang berada dihadapan Fahmi . Mereka seolah-olah tidak
nampak langsung kelibat Fahmi yang berada di situ .
“ Jangan ! Jangan !
Jangan bawa dia ! ” Gadis yang berada di
sebalik dinding tadi keluar dan menjerit jangan ! Fahmi yang melihat adegan itu
terpampam seketika . ‘ Apa kaitan gadis ini dengan gadis itu . Kembar ke ? Dan
kenapa mereka tak nampak aku ? ’ Fikirnya .
“ Jangan . Jangan
bawa kakak saya . Kakak saya sakit . Jangan pukul dia . Dia sakit . Jangan ! ”
Fahmi terdengar suara gadis di sebalik dinding tadi . Gadis itu bersuara lagi
lagi , namun kali ini sayu benar mendengarnya . “ Tolong jangan . Tolong .
Jangan buat apa-apa dekat kakak saya . Dia tidak bersalah . Tolong sangat .
Jangan . ” Dan gadis itu rebah .
Fahmi runsing
melihat adegan itu . Apa sebenarnya ini ? Siapa dia orang ini ? Ya Allah , apa
lagilah dugaan yang kau berikan ini ?